Saturday, October 31, 2015

Mid Sem Berak


*Pembetulan* Mid sem berak  Break. 

Sekian menghilang Hari ni muncul semula. Nak kata biskut. Hmm mungkin boleh. Biskut pandai menaip. Mid Sem Break. Walaweh.. student mana tak suka. Pakwe mana tak saba tunggu aku balik. kah melawak je. Aku tak sabar balik rumah kod. Nak makan banyak-banyak. Ibu aku masak sedap. Pekena asam pedas ibu dengan nasi panas sikit. Boh kicap. Kebapak sedap. *air luir keluar*

Orang lain cuti mid sem sebulan. Aku? Seminggu ja? tu pun lari awal. Kah. Kelas tak ada boh. "Aku bukan jenis suka ponteng-ponteng ni." *Bak kata iwani kawan paling kelakar * . Dalam seminggu. Nak keluar dengan member sekolah pun belum tentu larat. Spend time dengan ibu ayah, baru cool. Hehe 

Perlukan peraturan baru. Kawan-kawan mana nak jumpa aku. Datang rumah aku. Oke cun. Jimat duit motor. Pastu sila bawak cendol dan keropok dekat simpang masjid. Tak pon gerai Wawasan Satu tu. Heeeeee...... 

Ayat yang aku tak nak dengar bila semua jumpa aku. "Wei, asal kau gemok?" "Wei kau bahagia ke dok sana?" "Wei berat berapa?................" *Seorang sahabat di sepak boleh si kering ketika dahulu dan sekarang kecewa dengan berat badannya. Huwaaaaaa >.<

Friday, October 23, 2015

Eyza-potter 18


Sebelum 23/10/15 hilang dari ingatan. Satu entry ala-ala membanggakan diri. Kah. Birthday aku bai. Iza turn 8-teen. Happy sebab aku dapat capai apa yang aku nak. Apa? Dapat main bola baling. Satu kenikmatan yang tak boleh digambarkan. Cewah. Bola baling ja pun. Kalah menang belakang cerita. And aku tak nak cerita pun.

Dengan usaha aku menyebokkan diri dalam sukan time birthday sendiri sebab? First time kod, sambut tanpa kawan dari kecik, tanpa family di sisi. Sungguh dramatic ayat aku, Mengapa perkara ini berlaku. Budo je. Kahkahkah. 

Bukan ucapan yang aku harapkan. Bukan jugak hadiah. Kalau ada yang wish and bagi present tu. Alhamdulilah. Terima kasih. Aku cuma harap family and sahabat aku ada dengan aku. Doa diorang sanggat aku perlukan. Ibu cakap aku dah besar. Tak payah nak tunggu orang wish. and jangan terlalu mengharap. Tapi aku tak kisah pun. Sambut sendiri lagi puas hati bruh. Kau makan apa yang kau nak. Buat apa yang kau nak. Pergh gila bapak.

Tolong doakan aku berjaya and sempat buat ibu ayah gembira dengan kejaya aku. In sha Allah. Doakan aku tabah dalam semua ujian. Katang iza. Happy birthday untuk aku.

Thursday, October 22, 2015

TAK PAYAH JADI MANUSIA


Setelah lama mendiam diri. Baru berapa hari jer bruh. Nak cerita adab manusia bila bawak kereta. Aku ingat lagi. Baru gila kod jadi dekat aku dengan kawan-kawan seperjuangan. WGT47*8. Aku terlupa kerata apa. Tapi, memang adab tak ada. 

Memang bodoh. Typical Malaysia ke ni? Anak bini dalam kereta. Kau nak tunjuk dekat anak kau ke? Perangai Biadab tahap babi hutan. Tu aku boleh kawal lagi Yang darah aku makin naik. Bila aku dengan kawan nak lintas kereta dia. Yela mana boleh tahan. Buang kulit jagung luar kereta. Yang aku dengan kawan lain ikut bontot kereta dia. Tak ke bodoh. 

Time nak lintas tu. Boleh pulak dia memain. Nasib baik kereta dari depan tak laju. Kalau tak. Duduk dalam ambulan aku. Bodoh punya kereta. Ni nak cakap. Sepanjang jalan menambahkan dosa berbakul aku. Gam***g.

Wednesday, October 14, 2015

Pensel Tekan


Tiba-tiba rasa happy excited bagai. Abang rodong teka. Then cakap aku ada pakwe baru ke? Gile ke? Tak cool langsung. Mungkin hasutan dari study algebra. Esok test kod !

Nak main dengan perasaan memang tak lah. Kau ingat apa? Esok test malam ni sebok nak feeling. Hahaha tak ke bangang tu? Harap termuntah balik lah apa yang aku belajar. "Tu lah dulu sekolah tak nak ambik addmath. Sampai sini mulut ternganga" Alang kan budak add math pun kepala ting tong. Aku yang benci nombor ni sampai sawan jawab algebra. Tapi Alhmdulilah. Dengan menggunakan pensel tekan yang dibeli di mydin Kuantan. Aku boleh paham sedikit dan sebanyak. Banyak tu lain kali sebab baru belajar sikit. 

Apa-apa All the best untuk aku dan awak-awak yang jawab test esok. Jangan takut. Jangan merungut bila tak faham. Belajar lagi. Ibu aku pesan "Nak menuntut ilmu tu jangan merungut Nanti ilmu merajuk. Dia tak nak lekat dekat otak" "Usaha, Doa, Tawakal"

*AMARAN : Pensel tekan dan ubat pensel bukan penyebab anda berjaya! Tapi ilmu yang berkat dan redha Allah dan sedikit Usha, Doa, Tawakal. 

Monday, October 12, 2015

Entry untuk kau


Cuma mintak doakan aku boleh hadap dengan semua ni. Sampai satu tahap aku nak give up. Tapi ibu beria yakinkan aku. Aku boleh hadap apa ja masalah. Allah tak kan datangkan satu ujian melainkan hamba Dia boleh hadapi.

Aku bukan merungut. Alhmdulilah Allah masih ingat aku. Nak lari dari masalah? Tak cool langsung. Aku bukan budak kecik. Dah ketogori boleh "kawin". Oke melalut. Bak kata kawan aku Duit PT pun tak abes pakai. Bayar pun tak lagi. Menggatal aje. Diorang tak pikir masa depan ke? Siapa tak nak kawin. Kah !

Setiap ujian ada hikmah dia. Bukan hikmah kawan kau. Tapi hikmah yang Allah bagi. Tah pape ja kau ni. Aku pandai tulis, nasihat, kaunseling kan orang. Tapi bukan untuk diri sendiri. Jadi entry ni khas untuk kau. Bah ! Aku pening.

Kalau orang lain boleh. Kau Aku mesti boleh. In sha Allah :) xx

Friday, October 9, 2015

Apa tujuan aku hidup?


Aku dah agak dah. Mesti aku yang kena. Sorang akak tanya aku. Apa tujuan aku hidup dekat dunia ni. Terdiam sekejap. 

 Dan aku pulak nak tanya kau orang. Kau duduk dekat dunia ni nak cari apa? Apa yang kau kejar sebenarnya? Sedangkan kau duduk dekat dunia ni bukannya kekal. Buang masa. Tapi, apa yang kau nak cari? Kepuasan? Harta? Jodoh? Kebahagiaan? 

Selain dari kau nak happy kan mak bapak korang. Tujuan utama aku, kau dan dia duduk dekat bumi Allah ni. nak cari redha Allah. Aku bukan berlagak pandai, Alim? lagi lah bukan. Aku ni Jahil bab agama. Tapi, sekadar perkongsian apa yang aku dapat hari ni. Ilmu Allah buat apa aku nak sorok. Aku tak nak tanggung sesorang nanti. Kena api dunia pun menjerit wei.

"Apa guna buat baik tapi amalan sia-sia" sebab apa sia-sia. Sebab Allah tak redha apa kau buat. Sebab tu dalam Islam setiap amalan bermula dari niat. Nak buat sesuatu niat dulu. "Ya Allah, aku buat benda ni semata-mata untuk mendapat redha-Mu ya Allah" 

Tapi takyah tunjuk bodoh. Kau nak curi pergi mintak redha Allah. Bangang sangat tu. 

Tuesday, October 6, 2015

Bunuh Diri


Kau ingat kau bayang-bayang ke? Mana pakwe/makwe kau pergi kau nak ikut. Nasib baiklah toilet jadi pemisah sekejap. Yela, takkan nak masuk toilet sekali kan? Bodoh apa. Cukup menyampah tengok. Aku jealous? Yup. Sebab aku tak pernah lalui macam tu. Berkepit 24/7 macam tak ada life sendiri. Sedangkan kau ada family nak jaga.

Aku tengok orang lain pun ada jugak couple. Tapi bukan sampai apa yang kau nak buat semua dia kena ada dengan kau. Cukup tau perasaan dahlah wei. Kau tau dia sayang kau, kau sayang dia, Kalau kau tak percaya dekat dia buat apa nak menggatal pergi couple. Kau ingat mati ke kalau tak ada couple?  Cukup umur kawin. Jodoh atau tak. Berserah! Bukan bunuh diri xx

Monday, October 5, 2015

Abang Senior


Tak ada idea. Tapi aku nak cerita pasal "Senior" dan kucing. Memandangkan hari ni aku tertarik tengk seorang "senior" yang kemungkinan lah selalu bagi kucing makan. Kira macam bapak kucing dekat asrama ni. Ouh lupa nak bagi tau dia lelaki. Kalau perempuan aku tak kisah sangat lah sebab memang sifat ke"ibuan" dia. Macam aku. Penyayang..... "SANGAT"

Mengikut kajian dari masa ke semasa. Dan hasil kajian yang aku dapati bahawa senior tu seorang manusia. Manusia penyayang nak cakap ni (Gelinya main dengan perasaan). Kucing-kucing asrama mesti kenal dia dah. Sebab apa? Bila nampak ja 'senior' mesti masing-masig ikut dari belakang. Buat barisan macam kat kantin. Bodo je. Kah ! 

Dan aku salah seorang perempuan/gadis/anak dara(kah!) yang sangat suka tengok lelaki yang sayangkan kucing. Sebab apa? Aku suka kucing la. Tetiba teringat "adik bongsu" dekat rumah. Berekor panjang, berbulu hitam putih. Kbai

Sunday, October 4, 2015

Al-Kisah

Al-Kisah aku sebagai "student". Macam biasa tidur lambat bila assigment banyak. Sampai urat kepala timbul. Nasib baik tak terkeluar. Cerita banyak benda dekat ibu. Ibu ayah bagi semangat dari jauh. Sebak ada jugak. Tak dapat nak peluk diorang. 

Kisah si Duit pun satu masalah jugak Nasi Bujang benda biasa bagi aku. Nak jimat kononnya. Duit PTPTipu (Bak kata bapak aku) kau ingat cukup? Aku bukan orang senang. Yang mak bapak boleh bagi duit tiap bulan. Nah rm500 duit makan. rm300 untuk belanja. Tak. Aku terpaksa kawal sendiri. Nafsu nak makan sesedap kekadang kena tahan dulu. Tak pun tunggu nak balik sem. Makan lah kau kat rumah sampai "perut pecah". 
Assigment? Di sebabkan kos aku berkaitan dengan Multimedia. Seni Lukis tu wajib lah. Kau nak jadi animator kena lah latih tangan. Walaupon kau bukan dilahirkan sebagai seorang yang kreatif atau inovatif. Nampak ayat aku kat situ? Tapi kau kena usaha la. Korbankan masa kau. Kena "rejek" lukisan, koyak buat dalam 5 6 kali benda yang sama itu perkara biasa. Dari pandangan kau dengan kawan kau yang agak nak ambik hati kau tu memamnglah lawa. Pandangan lecturer? Matilah nak. Kah. Perlukan kesabaran.
Ibu aku suruh tidur. Night xx

Saturday, October 3, 2015

Buku vs AKU


Macam-macam jadi hari tu. Masuk kedai buku, jumpa mak cik buta, handpone jatuh. Masuk kedai buku? Apa yang pelik? Aku bukan orang yang rajin nak selak buku. Dengan orang cerita itu lah aku. Leceh ! Dari muka ke muka nak kena baca. "Tak bermaksud aku tak baca al-Quran"


Bila tanya member-member aku. Memasing ada penulis kegemaraan sendiri. Yang selama ni tak pernah aku dengar. Kolot ! Ketinggalan. Padahal penulis yang diorang sebut tu semua famous-famous. Dari Ismi Fa Ismail (Jangan Baca Novel ini), Ramlee Awang Murshid (aku bercerita). Banyak lagi. Jenoh la wei nak cerita. Ada jenis yang suka baca buku Sirah. Wahh.. Aku banyak jugak tanya pasal penulis semua dekat diorang. Yup aku mampu bertanya ja. Ada jugak yang suka baca tanpa tau penulis dia. Asalkan kau baca buku itu dah cukup. 


Agak tersentap bila kau tengok kawan-kawan kau masuk kedai buku Cerita pasal buku  ini itu. Dan aku sekadar tengok, dengar dan muka tembok. Terasa dinding antara aku dan diorang. Aku benci diorang sebab mendorong aku nak membaca. Rasa macam mana? Rasa membuak-buak. Sampai dulu aku gila tengok baju. Sekarang gila tengok buku. Salah ke? Kawan aku cakap. "Tak apa. Membaca tu jambatan ilmu." Aku sampai sekarang jadi jambatan tu. Aku lapar nak makan. Bai.

Thursday, October 1, 2015

Pengorbanan Seorang Student

Dah lima bulan aku duduk Tembila(Besut) ni. Apa yang jadi pun kena hadap sesorang tanpa ibu ayah. Selalu ada ja diorang dekat aku Telefon, wassap, masej ja jadi penghubung aku dengan diorang sekarang. Sakit? Yup. Sakit hulu hati ni Sedih, sebak semua berbauk. Tapi aku tau ni amanah. Nak cari ilmu Allah kena lah korbankan semua kan? Banyak memikir. Macam mana aku nak buat tanpa ibu ayah.
Doa biar Allah jaga ibu ayah. Itu aku serah dekat Dia. In sha Allah. Ibu ayah tak ada apa-apa. Cukup ke sekadar wassap and telefon nak hilangkan rindu aku dekat family? Tetiba ingat zaman memasing masih sekolah. Time tu masih Ada kak long, adik, ibu, ayah berkumpul memalam. Lepas kene bebel sebab tak nak sekolah. Keh. Kelakar betul. Rindu sangat !.. Semua dalam satu rumah. Sekarang macam buat hal memasing. Kalau masa boleh berputar. Tak semua benda yang kita nak boleh dapat dekat dunia ni. Benda yang lepas jadi kenangan. 
Nak berkumpul pun susah. Kumpul tak kumpul pun bila balik raya, bila cuti sem. Hari-hari biasa mana dapat. Nak-nak kakak aku jadi nurse. Mana nak dapat cuti banyak. Kerja tak menentu masa. " Aku harap kau tabah mekda. kehkehkeeh" Jealous jugak bila tengok saing-saing sini balik tiap minggu bila tak ada kelas. Yela rumah dekat je kan. 
Anggaplah dapat jumpa ibu ayah sekali sekala tu satu pengorbanan. Aku kira bersyukur dapat jumap family sekali sekala. Ada sesetngah kawan aku tak dapat jumpa langsung. Sebab Allah lagi sayang ibu ayah dorang. Aku harap kau lagi tabaha sahabat. xx