Friday, September 11, 2020

Tempat Kegemaran

Aku bayangkan yang aku dikelilingi kehijauan, atau mungkin suara ombak yang menghempas pasir pantai. Aku nampak yang diri aku di situ. Selesa! Bukan sok-sok nature, tapi sungguh! Aku sukakannya. Sendiri atau bersama sesiapa aku tak kira. Janji aku dapat menikmatinya--sendiri. 

Aku baru sedar yang aku lebih ikutkan perasaan. Banyak cerita dalam entry-entry aku yang berunsur kecewa, sedih. Tapi entahlah aku pun tak tau kenapa. Mungkin aku bukan seorang yang pandai menyusun kata-kata lisan ketika sedih? Atau.. Patutkah aku pura-pura bahagia untuk mencapai kebahagiaan walau dalam kepura-puraan? 

Masa Yang Terbuang

Kembali lagi ke sini. Otak kosong. Derhaka pada diri. Janji-janji yang dibuat sendiri kali ni makan diri sendiri. Pengenalan dengan lelaki akhirnya tersungkur. Saja masuk jerat, yang diri sendiri tau akhirnya kemana. Pada mulanya indah. Pengakhiran? Cuma air mata. Cuma aku memperjuangkan? Cuma aku yang perlu paham? Cuma aku perlu penuhi segala kehendak dia? Cuma aku? Pada mulanya sama-sama akhirnya cuma aku? Kerana terlalu sanjung akan sayang, cinta sampai tak pikir maruah diri.

Cerita tentang keikhlasan. Setiap apa dibuat, setiap pengorbanan masih tak jelas di mata. Adakah ianya sia-sia? Jika masa yang di minta satu bebanan, jadi kembalikan masa aku.

Saturday, June 29, 2019

Kembalikan Masa

Kisah aku lain dengan mereka. Mungkin ada yang seiras sama. Tapi cara aku terima dan cara kau terima mungkin berbeza. Itu yang aku maksudkan. Mungkin kau kuat untuk tempuh ujian ni. Tapi mungkin tak bagi aku. Dan sebaliknya.

Aku tak sangka bila umur sudah meningkat dewasa semua yang aku inginkan hanyalah untuk kembalikan masa. Masa yang penuh kejayaan. Perit pun tak seberapa. Hari ini, aku menagis kerana dunia. Menagis tanpa air mata. Sungguh aku sakit. Sakit menanggung dunia :’)

Friday, April 13, 2018

Jawapan dari Persoalan

Dua bulan tanpa gadget sendiri di tangan sendiri. Hanya menumpang kasih talifon orang. Lima tahun, zon bebas pasangan. Alhamdulilah masih hidup. Dua puluh tahun 6 bulan, zon sukar untuk capai kebahagiaan. Masih berusaha membahagiakan 'si tua' tapi masih tak mampu membalas pengorbanan mereka. Maafkan kak ngah :(

Untuk mencari kebahagiaan di luar, pada 'zon sukar' memang payah. Teringin tu ada, tapi memiliki tu, tak mampu. Well, aku masih mentah dengan alam ni. 21 tahun baru setahun jaggung. Dengan aku, masih terumbang ambing. Nak penuhkan keperluan sendiri pun tak terdaya. Inikan nak melayan kerenah manusia entah sesiapa? Hancur. Untuk yang bertanya "dah ada boyfriend ke belum?" *Persoalan ni di tanya oleh orang tua aku jugak-Aku tak tau kenapa diorang tanya* Ini jawapannya. 

Aku ada matlamat aku sendiri. Nakkan kerjaya sendiri, berdiri dengan sendiri tanpa perlu menagih tolong orang lain. Means, aku dah letih penatkan dan menyusahkan orang sekeliling terutama orang tua aku. Bila dah stabil, bermulalah kisah untuk keselesaan orang tua. Iya aku tak mampu nak balas pengorbanan diorang, tapi sekurang-kurangnya, aku nak mereka selesa dengan kehidupan tanpa pikir hutang, nak korek duit dari mana and ofcourse sebolehnya aku nak penuh semua keperluan kehendak mereka.

Dan frasa akhir untuk sampai ke puncak, aku perlu bahagiakan diri sendiri. Untuk perempuan yang hidup pada zaman manusia yang pantas, 'kau lambat aku tinggal', 'weh kau tak cantik, aku gerak dulu' dan zaman saling mempersalahkan 'siapa suruh kau gemok, kan dah kena tinggal'. See? Itu contohnya. Aku perlu kumpulkan kebahagiaan sendiri, nak pujuk hati, bagi tau diri sendiri, aku boleh hidup tanpa lelaki yang 'sesetengah sebegitu'. Bukan mendoakan di tinggalkan. Sama sekali tak. Nauzubillah. Ini hanya sediakan payung sebelum hujan. Kita tak tau masa depan dan aku sangat takut di tinggalkan.

Cinta. Ini adalah puncak. HAHAHA Tak ada apa nak di ulas soal ni. Cinta Allah, Rasul, Ibu, Ibu, Ibu, Ayah dan famiy. Semua orang tahu. Jika di takdirkan tak jumpa di sini, mungkin di 'sana'. Sebab aku percaya. Allah jadikan setiap manusia berpasang-pasangan. Jika bertemu di dunia itu bonus dan mengharapkan ianya kekal sampai bila-bila.

Aku manusia penuh dengan rancangan sendiri dan aku tahu sebaik-baik perancang hanya Dia. Kalau di takdirkan Cinta yang hadir terlebih dahulu siapalah aku nak menolak. HAHAHA semua orang nak bahagia kan? Bagi yang betul-betul mencari tapi jodoh masih tenggelam -- 'Barangkali tuhan yang mencuri kekasihmu, supaya kau ingat, bahawa Dia juga kekasihmu' 

Dan kau perlu tahu, aku bukan desperate nakkan pasangan. Hanya menjawab dari persoalan yang inginkan jawapan.

P/s : Bagi aku, untuk membahagiakan seseorang itu, adalah puncak segala Kebahagiaan + Kejayaan. Aku tak adalah pulak formula kebahagiaan, kejayaan. xx

Thursday, March 22, 2018

Yang Pertama Kali

Untuk pengatahuan kalian. Aku sebenarnya tak nak expose blog aku. Aku malu. Malu dengan setiap kata dan tulisan aku. Takut orang meluat. Tapi dengan harapan jugak "Mintak-mintaklah ada yang sudi singgah dan baca" Hareyy..  Entry aku taklah semenarik blogger-blogger lain. Suka atau tak itu pilihan masing-masing. 

Sedikit pengenalan. Aku start blogging 2012 till now. In Sha Allah. Aku baru je update blog aku baru-baru ni. Bersihkan sampah-sampah. Mostly benda lepas yang tak penting kod untuk ingat (padahal nak sorok ayat budak- well, pengalaman mendewasakan kita.Tetibe) Tujuan aku expose blog ni bukan nak kejar traffic. Tapi, aku rasa dah tiba masanya untuk aku beranikan diri untuk keluar dari benda yang aku benci. 


Untuk melangkah ke depan, hadap manusia-manusia yang pelbagai muka. Buat aku takut. Jadi aku jadikan tulisan aku ini sebagai platform untuk aku bina keyakinan aku, untuk suarakan pendapat aku, dan yang paling sebenarnya. Sebagai tempat aku bercakap benda yang logik pada aku. 

Jadi - BISMILLAH.. 

Tuesday, March 20, 2018

Dua Tahun setengah

Korang perlu tahu, Ini bukan rindu biasa-biasa;

Assalamualaikum. 2 Tahun setengah. HAHAHA sungguh cantik. Korang kawan korang family. Terima kasih sudi bagi peluang dekat aku untuk kejar benda yang sama. Untuk sampai ke puncak bukan senangkan? Biarlah kalau ada yang kata, "cuma Diploma" bagi aku tu bukan masalah. 

Banyak perkara tak boleh padam. Diam tanda tak setuju, itu cara gaduh kita. Bukanlah set-set cantik, makeup, tapi, makanan yang menyatukan kita. Bab makan boleh bawak gaduh.  Makan nak senam tak nak.(Tak bagus untuk kesihatan yer semua)

Bagi aku, erti kawan baik adalah kawan yang baik dengan aku dan aku pun baik dengan mereka. Kalau baik tapi belakang di tikam, atau kawan with benefit itu belakang cerita. As long mereka baik dengan aku. So, kita kawan baik. Ngeh ! 

Aina, Hanim, Teah, Iman. Aku tak tau diorang kategori kawan apa. Sebab selalu je menyemak time bahagia and sedih aku. 

P/s : Aina, Hanim, Teah, Iman. Ada satu benda aku nak bagi tau kau semua. Ada satu hari, aku rasa aku nak kedekut sangat. So, aku makan ayam goreng sorang-sorang kat tangga sebab aku tak nak kongsi. :)) 

Friday, March 16, 2018

2017 Terima Kasih

Assalamualaikum. Hey. Nak cari ilham untuk tulis apa. Payah. Sedangkan aku boleh je cerita apa yang aku nak kan. Aku rewind balik apa yang jadi sepanjang tahun lepas. Yang bagi aku, menarik. Dan aku tak tau bagi korang.

Mei, 2017;
Aku dah tamat diploma. (Alhamdulilah) Satu kebanggaan untuk aku. Terlalu banyak benda yang berlaku sepanjang aku hidup dekat 'sana'. Bagi aku istilah 'hilang kawan' masa belajar macam dak-2 students cakap sama sekali tak sesuai untuk aku. Hal ini kerana, eceh! Aku terima kalau seseorang/sekumpulan manusia nak pergi atau tinggal dalam hidup aku. Hati orang mana boleh paksa weh. Kalau dia pergi mesti bersebab. Mungkin ada silap aku yang aku tak sedar dah calarkan hati mereka. (Atau mereka cemburu dengan kejayaan aku/hidup aku? Who knows kan? HAHAHA) Untuk yang stay tu. HAI KORANG :)

23 October, 2017;
Yup birthday aku. PLUS ! Hari graduasi aku. Aku pass ofc. CGPA tak ada lah bagus sangat tapi Alhamdulilah. Nak buat famliy aku bangga tu boleh lah. Tak dean pon. Untuk birthday aku yang ke-20 aku dapat jumpa kawan-2 diploma aku. Walaupun 2 tahun masih tak cukup. Aku rindu. :')

Untuk 2017, terima kasih. At least aku dapat rasa kebahagiaan. Dan untuk memori yang mengguris, terima kasih. Aku dapat belajar semua benda. Terima kasih atas peluang. XX

Saturday, March 25, 2017

Keliru?

Ada orang otaknya mudah ingat walaupun satu abad dah berlalu. Tapi bukan aku. Otak comel kata orang. 

Ada satu ketika, aku tak luahkan pun apa yang aku rasa and apa yang aku nak tapi benda tu aku dapat. Bukan segedebuk. Tapi slow-slow dia bagi. Kuasa Allah kan? Allah gerakkan hati seseorang untuk tunaikan hajat kita. Apa hajat aku? Gah sangat ke hajat aku sampai Tuhan makbulkan?

Dia dari hati tau. Niat kau. Tapi kau tak tau benda tu memang sahih kau betul-betul nak atau tidak. Urusan hati susah nak jangka. Sekejap kau nak ini, sekejap yang itu. Sampai sekarang kau masih keliru dengan diri sendiri. Bila kita cakap pasal "Iman". Semua orang -- Tak mungkin aku sorang ja rasa macam ni? 

Ada satu masa bila iman kau meningkat, semua benda kau nak explore pasal Islam. Baik nya kita waktu tu. Manis nya Islam dapat rasa. Tapi ada satu masa bila kau leka buat benda dunia. Kau lupa seketika. Mungkin masa tu kau nak jadi diri kau. Konon tak nak hipokrit. 
Tapi kita sedar tak? Sebenarnya kita Hipokrit dengan siapa? 
-- Contoh tak jauh, Tengok "aku" dah cukup --

Sunday, November 13, 2016

Let it go

"And now, i'm just not surprised when people leave, Im actually more surprised when they stay."
Nak padam entry lama? Nooo.. memang taklah. Aku tak kisah kalau dia baca atau tak. Heart broken? Sorry. Kita tak declare apa-apa pun kan? So, layak ke? Hahaha Terkilan banyak nih. Sebab apa? Nah aku bagitau. 

Benda yang lepas boleh tak kita tolak tepi? Just let it go.. Atau buat lupa terus? Aku tak naklah perasaan boleh jauhkan friendship kita. Aku tak kisah langsung. Yup tak kisah langsung kalau ada someone boleh buat kau happy or whatever. Tapi aku tak nak hilang kawan. Tak nak!  Tak nak perasaan awkward muncul kalau lalu sebelah. Muka tu sorry sikit. Tolonglah senyum. 

Nampak macam aku tak ada perasaan kan? Macam tak ada apa-apa jer yang jadi kan? Tapi tulah aku. Tapi kau buat perangai macam ni. Lagilah buat aku confuse. 
Apa perasaan kau dekat aku sebelum ni?

Thursday, October 27, 2016

Sabar

- Tawar hati. -

Rahsiaaaa

Jangan letak harapan dekat someone terlalu tinggi. Kau tak gayat ke? Haha Tapi itulah yang selalu orang buat. Termasuk aku kononnya. Em bukan konon tapi memang betul lah kut. 

Pada mulanya memang nak bebiasa jer. Pastu kau tak sangka pun benda tu boleh pergi tahap ni. Dia layan kau baik, kau tunggu text dia hari-hari, dia buat kau senyum. Pastu slow-slow dia hilang. Dah dah lah tu menyorok penat tau cari. Otak kau pikir macam-macam. Negative jer semua. Mana nak cari positif? 

Paling teruk dedepan mata kau, kau boleh tengok satu penipuan sejak dia start main nyorok-nyorok dengan kau. Hahaha kau ingat kelakar? Perempuan tu duduk sebelah Aku je kut. "Tak ke beruk aku terkejut?" Fuhh.. Conversation apakah kau buat dengan dia? Time bfday Aku pulak tu. Aku layan jer kepala kau. SAMPAI SEKARANG !