Cuma mintak doakan aku boleh hadap dengan semua ni. Sampai satu tahap aku nak give up. Tapi ibu beria yakinkan aku. Aku boleh hadap apa ja masalah. Allah tak kan datangkan satu ujian melainkan hamba Dia boleh hadapi.
Aku bukan merungut. Alhmdulilah Allah masih ingat aku. Nak lari dari masalah? Tak cool langsung. Aku bukan budak kecik. Dah ketogori boleh "kawin". Oke melalut. Bak kata kawan aku Duit PT pun tak abes pakai. Bayar pun tak lagi. Menggatal aje. Diorang tak pikir masa depan ke? Siapa tak nak kawin. Kah !
Setiap ujian ada hikmah dia. Bukan hikmah kawan kau. Tapi hikmah yang Allah bagi. Tah pape ja kau ni. Aku pandai tulis, nasihat, kaunseling kan orang. Tapi bukan untuk diri sendiri. Jadi entry ni khas untuk kau. Bah ! Aku pening.
Kalau orang lain boleh. Kau Aku mesti boleh. In sha Allah :) xx
Aku dah agak dah. Mesti aku yang kena. Sorang akak tanya aku. Apa tujuan aku hidup dekat dunia ni. Terdiam sekejap.
Dan aku pulak nak tanya kau orang. Kau duduk dekat dunia ni nak cari apa? Apa yang kau kejar sebenarnya? Sedangkan kau duduk dekat dunia ni bukannya kekal. Buang masa. Tapi, apa yang kau nak cari? Kepuasan? Harta? Jodoh? Kebahagiaan?
Selain dari kau nak happy kan mak bapak korang. Tujuan utama aku, kau dan dia duduk dekat bumi Allah ni. nak cari redha Allah. Aku bukan berlagak pandai, Alim? lagi lah bukan. Aku ni Jahil bab agama. Tapi, sekadar perkongsian apa yang aku dapat hari ni. Ilmu Allah buat apa aku nak sorok. Aku tak nak tanggung sesorang nanti. Kena api dunia pun menjerit wei.
"Apa guna buat baik tapi amalan sia-sia" sebab apa sia-sia. Sebab Allah tak redha apa kau buat. Sebab tu dalam Islam setiap amalan bermula dari niat. Nak buat sesuatu niat dulu. "Ya Allah, aku buat benda ni semata-mata untuk mendapat redha-Mu ya Allah"
Tapi takyah tunjuk bodoh. Kau nak curi pergi mintak redha Allah. Bangang sangat tu.
Kau ingat kau bayang-bayang ke? Mana pakwe/makwe kau pergi kau nak ikut. Nasib baiklah toilet jadi pemisah sekejap. Yela, takkan nak masuk toilet sekali kan? Bodoh apa. Cukup menyampah tengok. Aku jealous? Yup. Sebab aku tak pernah lalui macam tu. Berkepit 24/7 macam tak ada life sendiri. Sedangkan kau ada family nak jaga.
Aku tengok orang lain pun ada jugak couple. Tapi bukan sampai apa yang kau nak buat semua dia kena ada dengan kau. Cukup tau perasaan dahlah wei. Kau tau dia sayang kau, kau sayang dia, Kalau kau tak percaya dekat dia buat apa nak menggatal pergi couple. Kau ingat mati ke kalau tak ada couple? Cukup umur kawin. Jodoh atau tak. Berserah! Bukan bunuh diri xx
Tak ada idea. Tapi aku nak cerita pasal "Senior" dan kucing. Memandangkan hari ni aku tertarik tengk seorang "senior" yang kemungkinan lah selalu bagi kucing makan. Kira macam bapak kucing dekat asrama ni. Ouh lupa nak bagi tau dia lelaki. Kalau perempuan aku tak kisah sangat lah sebab memang sifat ke"ibuan" dia. Macam aku. Penyayang..... "SANGAT"
Mengikut kajian dari masa ke semasa. Dan hasil kajian yang aku dapati bahawa senior tu seorang manusia. Manusia penyayang nak cakap ni (Gelinya main dengan perasaan). Kucing-kucing asrama mesti kenal dia dah. Sebab apa? Bila nampak ja 'senior' mesti masing-masig ikut dari belakang. Buat barisan macam kat kantin. Bodo je. Kah !
Dan aku salah seorang perempuan/gadis/anak dara(kah!) yang sangat suka tengok lelaki yang sayangkan kucing. Sebab apa? Aku suka kucing la. Tetiba teringat "adik bongsu" dekat rumah. Berekor panjang, berbulu hitam putih. Kbai
Al-Kisah aku sebagai "student". Macam biasa tidur lambat bila assigment banyak. Sampai urat kepala timbul. Nasib baik tak terkeluar. Cerita banyak benda dekat ibu. Ibu ayah bagi semangat dari jauh. Sebak ada jugak. Tak dapat nak peluk diorang.
Kisah si Duit pun satu masalah jugak Nasi Bujang benda biasa bagi aku. Nak jimat kononnya. Duit PTPTipu (Bak kata bapak aku) kau ingat cukup? Aku bukan orang senang. Yang mak bapak boleh bagi duit tiap bulan. Nah rm500 duit makan. rm300 untuk belanja. Tak. Aku terpaksa kawal sendiri. Nafsu nak makan sesedap kekadang kena tahan dulu. Tak pun tunggu nak balik sem. Makan lah kau kat rumah sampai "perut pecah".
Assigment? Di sebabkan kos aku berkaitan dengan Multimedia. Seni Lukis tu wajib lah. Kau nak jadi animator kena lah latih tangan. Walaupon kau bukan dilahirkan sebagai seorang yang kreatif atau inovatif. Nampak ayat aku kat situ? Tapi kau kena usaha la. Korbankan masa kau. Kena "rejek" lukisan, koyak buat dalam 5 6 kali benda yang sama itu perkara biasa. Dari pandangan kau dengan kawan kau yang agak nak ambik hati kau tu memamnglah lawa. Pandangan lecturer? Matilah nak. Kah. Perlukan kesabaran.
Ibu aku suruh tidur. Night xx
Macam-macam jadi hari tu. Masuk kedai buku, jumpa mak cik buta, handpone jatuh. Masuk kedai buku? Apa yang pelik? Aku bukan orang yang rajin nak selak buku. Dengan orang cerita itu lah aku. Leceh ! Dari muka ke muka nak kena baca. "Tak bermaksud aku tak baca al-Quran"
Bila tanya member-member aku. Memasing ada penulis kegemaraan sendiri. Yang selama ni tak pernah aku dengar. Kolot ! Ketinggalan. Padahal penulis yang diorang sebut tu semua famous-famous. Dari Ismi Fa Ismail (Jangan Baca Novel ini), Ramlee Awang Murshid (aku bercerita). Banyak lagi. Jenoh la wei nak cerita. Ada jenis yang suka baca buku Sirah. Wahh.. Aku banyak jugak tanya pasal penulis semua dekat diorang. Yup aku mampu bertanya ja. Ada jugak yang suka baca tanpa tau penulis dia. Asalkan kau baca buku itu dah cukup.
Agak tersentap bila kau tengok kawan-kawan kau masuk kedai buku Cerita pasal buku ini itu. Dan aku sekadar tengok, dengar dan muka tembok. Terasa dinding antara aku dan diorang. Aku benci diorang sebab mendorong aku nak membaca. Rasa macam mana? Rasa membuak-buak. Sampai dulu aku gila tengok baju. Sekarang gila tengok buku. Salah ke? Kawan aku cakap. "Tak apa. Membaca tu jambatan ilmu." Aku sampai sekarang jadi jambatan tu. Aku lapar nak makan. Bai.
Dah lima bulan aku duduk Tembila(Besut) ni. Apa yang jadi pun kena hadap sesorang tanpa ibu ayah. Selalu ada ja diorang dekat aku Telefon, wassap, masej ja jadi penghubung aku dengan diorang sekarang. Sakit? Yup. Sakit hulu hati ni Sedih, sebak semua berbauk. Tapi aku tau ni amanah. Nak cari ilmu Allah kena lah korbankan semua kan? Banyak memikir. Macam mana aku nak buat tanpa ibu ayah.
Doa biar Allah jaga ibu ayah. Itu aku serah dekat Dia. In sha Allah. Ibu ayah tak ada apa-apa. Cukup ke sekadar wassap and telefon nak hilangkan rindu aku dekat family? Tetiba ingat zaman memasing masih sekolah. Time tu masih Ada kak long, adik, ibu, ayah berkumpul memalam. Lepas kene bebel sebab tak nak sekolah. Keh. Kelakar betul. Rindu sangat !.. Semua dalam satu rumah. Sekarang macam buat hal memasing. Kalau masa boleh berputar. Tak semua benda yang kita nak boleh dapat dekat dunia ni. Benda yang lepas jadi kenangan.
Nak berkumpul pun susah. Kumpul tak kumpul pun bila balik raya, bila cuti sem. Hari-hari biasa mana dapat. Nak-nak kakak aku jadi nurse. Mana nak dapat cuti banyak. Kerja tak menentu masa. " Aku harap kau tabah mekda. kehkehkeeh" Jealous jugak bila tengok saing-saing sini balik tiap minggu bila tak ada kelas. Yela rumah dekat je kan.
Anggaplah dapat jumpa ibu ayah sekali sekala tu satu pengorbanan. Aku kira bersyukur dapat jumap family sekali sekala. Ada sesetngah kawan aku tak dapat jumpa langsung. Sebab Allah lagi sayang ibu ayah dorang. Aku harap kau lagi tabaha sahabat. xx
One day, kau dah sambung belajar. Kau akan rasa benda yang sama macam aku rasa. Mungkinlah. Lain kalau kaseme family memang kaya. Memang takkan rasa benda yang aku rasa. Aku rasa apa? Haa ni lah nak cerita.
Memandangkan duit PTPTN tak masuk lagi. Kau akan rasa satu benda yang menyusahkan. Memang kalau kau nak mintak je mesti kene tebal muka, pikir dua tiga kali. Kau akan pikir, kalau kau nak mintak ade ke? Nak ambik cerut mana? Hurm. Sebab pikir kau nak masuk exam, takut tak lepas. Kau tebal jugak mintak dekat parents memasing.
Dan start la drama. Bukan drama Melayu, tapi drama orang yang tak sekaya kau. Yang tetiba mintak duit macam "tepuk" duit masuk. Orang-orang macam aku ni. Dua tiga kali jugak lah pikir. Tapi untung dia satu ja. Sekurang-kurangnya kau akan kenang jasa parents memasing. In Sha Allah. Selagi kau tak putus ingat Allah , dekat dengan Dia. Allah akan sentiasa lindung kau dari sebarang kemunkinan yang memang kita tak nak. Aku nasihat untuk diri aku juga. Sebab aku manusia yang jenis "makan semut satu balang".
Sekian lama berpisah.. Akhirnya bertemu... Sila nanyi ikut rentak Jamal oke? fuh-fuh. Macam biasa ayat yang selalu di dengar mahupun di baca dekat mana-mana blog yang dah berabad tak update. Sorry? Pemalas? Beradab sikit cakap tuh. kehkeh
Tak nak story banyak. Just nak bagi sumbangan pendapat Mungkin sesetengah orang boleh jadikan nasihat atau penaik semangat. Macam backing powder la kiranya. Hakak melawak je dik. Kalau nak baca and nak terima pendapat aku pun boleh. Tak terima or bangkang and rasa memang salah lah apa yang aku cakap sila lah komen or tegur-tegur aku yer.
For those, dah abes SPM kau akan menghadapi masalah ini. "Result kau berapa?" "Sambung belajar mana?" "Nak ambik kos apa" Simple question but too difficult to answer. Benci doh.
But hari ni nak carita pasal sambung belajar. Hakak nak pesan pada adik-adik yang tegah ambik SPM ni. korang WAJIB, oke wajib score English, Math and Sains. yang lain pun kena la score jugak. Sebab apa. Nak masuk Uni yang TOP kena lah teroo BI ceq. Math dalam pale otok doh. Paham noh?
Then, hakak nak pesan. Yang dah dapat result gempak tu. Jangan lah terlalu yakin yang awak diterima masuk Uni. Jangan sesekali dalam kepala hotak yang berjambul tu pikir yang korang kompem-kompem dapat masuk Uni. Zaman sekarang hadik-hadik sayang.. Budak bijok lake. Dok tau nape die makang. Makang sirih kod. :3 Melawok jeh. Amboh aa serious sangak. Lepas dapat result rerajin la doa, still solat hajat seme-seme oke? oke situ abes.
Next station, hakak nak bagi tau. Yang dapat result molek tu kalau tak dapat sambung belajar jangan sedih. Akak ada sorang kawan Result dia bagus. Tapi rezeki dia lambat. Akak pasti, rezeki dia lagi besar and bagus akan datang pada dia. Lagi besar dari apa yang dia nak. Sebab apa? Sebab kesabaran dan doa dia. Hakak memang salute kat dia. Walaupun banyak kali dia down. Dengan sendiri dia akan bangkit. Fikiran selalu positif. Dia percaya rezeki dia. Rezeki Allah tu sangat luas. Kut cerut mana pun korang gih. Allah akan bahagikan rezeki ikut kemampuan dan kehendak Allah. Jangan sesekali down bila tengok kawan cakap pasal belajar Uni sana sini. Yang kita hanya mendengar apa yang diorang hidang. Percayalah. Ada yang masuk Uni ni sekadar nak ber"sosial" ja. Dalam 10 orang aku berani jamin 6/7 orang ja yang niat. "Bila kau dapat masuk Sana Sini. Kau nak belajar, nak tolong makk bapak." Selebihnya niat bercampur aduk dengan belajar nye , benda lainnya.Pasang niat betul-betul.
First perception ? Aku teringin nak tau apa pandangan orang dekat aku. Yup. Nak tau sangat. Aku ni orang macam mana? Mungkin aku tak boleh nak nilai diri sendiri. Mungkin jugak. Atau mungkin aku tak sedar macam mana aku layan orang lain. Tak semua suka kita kan? At least, kalau aku tau. Aku try berubah. Cuba jela. Tak salah bukan?
Oke setakat ni, aku cuma tau sikit jela. Mintak pendapat "Abang Rodong". Eh jap pendapat ke? Erm bukan pendapat la kod. Tanya pasal perception dia. Haha kelingnya ayat. Its okey. Aku ni jenis:
1.Pendiam ofc
2.Tak ada perasaan
3.Tak leh cakap lah. Kurang sopan. Haha
4. Mature
5.Suka melayan orang?
6. Pemalu
Fact ! Tapi mungkin kalau orang yang bebetul kenal aku. Takkan percaya itu aku. Jenis tak suka tunjuk sikap yang sebenar. Hipokrit? Sorry? Bukan macam tu. Tak kan benda yang buruk tetang diri kita orang nak tau kan? Simpan dalam bekas. Buat santapan sorang sudahlah. Ni nak menayang dekat manusia-manusia yang kekadang tau cari salah orang. Mula-mula ramai orang suka. Tup tup, dalam diam menyampah. Kalau boleh tak nak tengok muka yang hari-hari depan mata diorang Sebab apa. Diri sendiri bukak aib sendiri. Boleh jugak kita panggil balasan. Pernah dengarkan? Kalau kita bukak aib orang, Allah akan bukak aib kita. Mungkin. Mungkin lah, dalam diam, kita tak perasan kita ada bukak aib orang lain. So, kegunaan perkataan yang sangat mulia "MAAF" sangat bermakna. Pergi mintak maaf dekat semua orang. Kenapa semua orang? Sebab semua orang tulah salah seorang atau semua pernah kita sakitkan hati dalam diam atau terang-terangan.
So, aku kat sini nak mintak maaf dekat semua orang. Kau, kau dan kau.Mulut aku ja kasar. Tapi tak bermakna apa-apa yang aku cakap. Semuanya mungkin sekadar gurauan semata-mata. Atau mungkin memang aku saja nak menyakitkan hati orang. Sebab tak semua sikap aku orang boleh terima kan? Jadi, maafkan salah silap yang pernah aku buat.
Hai gadis-gadis dan lelaki-lelaki kat luar sana. Hati ni membuak-buak nak tahan marah pun ada. Geram apatah lagi. Mana tak nya. Baru lepas tengok satu video. Kalau korang tengok pun akan rasa benda yang sama macam aku. Video apa? Buli?
Buli? korang boleh terima tak perkataan tu dalam hidup korang? Ok jujur aku cakap. Aku cukup menyampah dan meluat tengok orang yang membuli orang ni. Kau dapat apa, bila kau buli orang? Macam sampah perangai. Yup. sampah ! Cuba jadi dekat adik/akak or sesiapa ahli keluarga korang. Sanggup ke korang? Kalau cakap pasal buli. Dekat sekolah tu berlambak. Buli ni banyak. Melalui Fizikal, Mental, Media Sosial. Paling muak bila ada kes buli kat sekolah.
Kalau kes buli ni. Kita selalu dengar Lelaki kan? Ok la lelaki memang sikap dia. Memang kaki gaduh. yang aku paling tak paham bila Perempuan ni. Hok orang kata lemah-lembut, ayu, cantik ni. Aku pun perempuan kod. Aku pun tak adalah lemah-lembut sangat. Tapi tak adalah konon bajet gengster tah pape pegi belasah sana sini. Kes apa? Lain tak bukan LELAKI.
Geli kut gaduh sebab Lelaki. Korang sure ke lelaki hok korang berebut tu memang nak dekat korang. Lagi-lagi bila dengar korang ni perempuan yang "kaki pukul" kononnya. Korang pasti diorang nak buat bini? Setakat tarik-tarik rambut tu. Alahai. Gaduh ajak geng. Yang si pembuli tu pun satu. Memang bengap ea? Nak gaduh kena rakam bagai. Nak tunjuk apa? Nak tunjuk kau hebat? Orang tak boleh kacau kau lepas ni? Jangankan perempuan. Lelaki pun tak nak dekat dengan korang. Kalau ada pun semua yang nak ambik kesempatan dekat kau, kau dan kau. Kalau memang ada yang nak buat bini tu kira untung lah kau. Sebab memang jodoh kau. Kalau yang nak buat suka-suka. Yang nak memuaskan nafsu macam binatang tu. Kau nak jadi apa. Maruah kau hilang. Jantan pun lari. Cuba pikir dengan otak. Eh-eh bukan otak tapi Akal. Memolek Allah bagi akal tak nak guna. Bak kata cikgu aku "Otak kau memang detak kat lutut eh?"
Bukan nak tunjuk baik. Tapi buat la benda yang mendatangkan faedah yang boleh masuk dek akal. Nak gaduh-gaduh memang tak matang. Bebudak. Muka dah tua bangke, hati sebok nak bercinta, otak dah pikir pasal kawin Still nak begaduh macam budak-budak. Nak tunjuk kau hebat. Tapi menjatuhkan maruah sendiri adalah. Untuk adik-adik hok sekolah lagi tu. Mak bapak kau hantar kau pergi belajar kat sekolah. Diorang suruh kau belajar. Kau pergi berebut jantan macam lah jantan tu memang nak kawin dengan kau. Sekolah dulu dek ! Perangai biar macam manusia. Tapi bila dah jadi pembuli ni, perangai macam sampah pun ada. Kalau nak bahasa kasar lagi macam binatang. Tak payah buat benda bodoh. Hidup kena cerdik. Pikir apa yang kau nak buat tu. Betul atau salah. Baru bertindak gile !