Friday, March 16, 2018

2017 Terima Kasih

Assalamualaikum. Hey. Nak cari ilham untuk tulis apa. Payah. Sedangkan aku boleh je cerita apa yang aku nak kan. Aku rewind balik apa yang jadi sepanjang tahun lepas. Yang bagi aku, menarik. Dan aku tak tau bagi korang.

Mei, 2017;
Aku dah tamat diploma. (Alhamdulilah) Satu kebanggaan untuk aku. Terlalu banyak benda yang berlaku sepanjang aku hidup dekat 'sana'. Bagi aku istilah 'hilang kawan' masa belajar macam dak-2 students cakap sama sekali tak sesuai untuk aku. Hal ini kerana, eceh! Aku terima kalau seseorang/sekumpulan manusia nak pergi atau tinggal dalam hidup aku. Hati orang mana boleh paksa weh. Kalau dia pergi mesti bersebab. Mungkin ada silap aku yang aku tak sedar dah calarkan hati mereka. (Atau mereka cemburu dengan kejayaan aku/hidup aku? Who knows kan? HAHAHA) Untuk yang stay tu. HAI KORANG :)

23 October, 2017;
Yup birthday aku. PLUS ! Hari graduasi aku. Aku pass ofc. CGPA tak ada lah bagus sangat tapi Alhamdulilah. Nak buat famliy aku bangga tu boleh lah. Tak dean pon. Untuk birthday aku yang ke-20 aku dapat jumpa kawan-2 diploma aku. Walaupun 2 tahun masih tak cukup. Aku rindu. :')

Untuk 2017, terima kasih. At least aku dapat rasa kebahagiaan. Dan untuk memori yang mengguris, terima kasih. Aku dapat belajar semua benda. Terima kasih atas peluang. XX

Saturday, March 25, 2017

Keliru?

Ada orang otaknya mudah ingat walaupun satu abad dah berlalu. Tapi bukan aku. Otak comel kata orang. 

Ada satu ketika, aku tak luahkan pun apa yang aku rasa and apa yang aku nak tapi benda tu aku dapat. Bukan segedebuk. Tapi slow-slow dia bagi. Kuasa Allah kan? Allah gerakkan hati seseorang untuk tunaikan hajat kita. Apa hajat aku? Gah sangat ke hajat aku sampai Tuhan makbulkan?

Dia dari hati tau. Niat kau. Tapi kau tak tau benda tu memang sahih kau betul-betul nak atau tidak. Urusan hati susah nak jangka. Sekejap kau nak ini, sekejap yang itu. Sampai sekarang kau masih keliru dengan diri sendiri. Bila kita cakap pasal "Iman". Semua orang -- Tak mungkin aku sorang ja rasa macam ni? 

Ada satu masa bila iman kau meningkat, semua benda kau nak explore pasal Islam. Baik nya kita waktu tu. Manis nya Islam dapat rasa. Tapi ada satu masa bila kau leka buat benda dunia. Kau lupa seketika. Mungkin masa tu kau nak jadi diri kau. Konon tak nak hipokrit. 
Tapi kita sedar tak? Sebenarnya kita Hipokrit dengan siapa? 
-- Contoh tak jauh, Tengok "aku" dah cukup --

Sunday, November 13, 2016

Let it go

"And now, i'm just not surprised when people leave, Im actually more surprised when they stay."
Nak padam entry lama? Nooo.. memang taklah. Aku tak kisah kalau dia baca atau tak. Heart broken? Sorry. Kita tak declare apa-apa pun kan? So, layak ke? Hahaha Terkilan banyak nih. Sebab apa? Nah aku bagitau. 

Benda yang lepas boleh tak kita tolak tepi? Just let it go.. Atau buat lupa terus? Aku tak naklah perasaan boleh jauhkan friendship kita. Aku tak kisah langsung. Yup tak kisah langsung kalau ada someone boleh buat kau happy or whatever. Tapi aku tak nak hilang kawan. Tak nak!  Tak nak perasaan awkward muncul kalau lalu sebelah. Muka tu sorry sikit. Tolonglah senyum. 

Nampak macam aku tak ada perasaan kan? Macam tak ada apa-apa jer yang jadi kan? Tapi tulah aku. Tapi kau buat perangai macam ni. Lagilah buat aku confuse. 
Apa perasaan kau dekat aku sebelum ni?

Thursday, October 27, 2016

Sabar

- Tawar hati. -

Rahsiaaaa

Jangan letak harapan dekat someone terlalu tinggi. Kau tak gayat ke? Haha Tapi itulah yang selalu orang buat. Termasuk aku kononnya. Em bukan konon tapi memang betul lah kut. 

Pada mulanya memang nak bebiasa jer. Pastu kau tak sangka pun benda tu boleh pergi tahap ni. Dia layan kau baik, kau tunggu text dia hari-hari, dia buat kau senyum. Pastu slow-slow dia hilang. Dah dah lah tu menyorok penat tau cari. Otak kau pikir macam-macam. Negative jer semua. Mana nak cari positif? 

Paling teruk dedepan mata kau, kau boleh tengok satu penipuan sejak dia start main nyorok-nyorok dengan kau. Hahaha kau ingat kelakar? Perempuan tu duduk sebelah Aku je kut. "Tak ke beruk aku terkejut?" Fuhh.. Conversation apakah kau buat dengan dia? Time bfday Aku pulak tu. Aku layan jer kepala kau. SAMPAI SEKARANG !

Monday, October 10, 2016

Bai Ex. Aku Dah Move On

**HAHAHAHA ok tajuk tak boleh blah**

Aku tak sedia lagi nak tulis pasal ni. Tapi mungkin boleh jadikan kenangan untuk masa akan datang. Muhahahaa. Dengan keadaan mengantuk aku teruskan niat aku untuk taip benda alah ni. Bukannya "cerita" best mana. Tapi cukup oke la bagi aku. And cukup sangat TAK OK untuk kamu-kamu. KEMUNGKINAN. 

PESANAN PENAJA : 
*psttt aku mengantuk waktu ni. So, kalau bahasa macam alien tu faham-faham sajalah*

Ok. Dari mana nak start? Straight to the point.

Ada mamat ni datang secara tak sengaja dalam hidup aku. Dan AKU SUKA DIA. 

-TAMAT- 

Macam Biskut

Fuh Bismillah. Lama ngat koi tak berkarya. Setelah sekian lama membawa diri. Merajuk dengan dunia yang penuh pancaroba ini. Akhirnya... aku kembali menaip. Entah berapa lama aku boleh tahan update secara konsisten. Halamak ayat aku. Actually, laptop aku rosak. Saja buat drama tetengah malam buta.

Walaupun view entah ada atau tidak. Aku syok sendiri jer taip. Rindu? Yup. rindu nak menaip. Nak share masalah aku dekat sini. Em maybe yes. But, bukan semua masalah aku boleh share. kan? 

Untuk permulaan ni. Aku warm up dulu tetangan aku. Kononnya biasakan diri lah dalam bidang taip menaip ni. Tak termasuk dengan assignment la dak? huuu.. Ada cerita menarik ke yang aku boleh share? 

ADA?????????????????????

Sunday, January 31, 2016

Kawan rindu I tak?

Dalam satu hari dua tiga entri tu biasa. Nak memenuhi kereputan duduk jauh dengan mak bapak. Bukan mak bapak je jauh, bandar, bunyi bising, kemudahan. Yela jiwa masih muda. Semua benda perlu keseronokan. Nah ayat aku.

Untuk kawan yang aku sayang sangat. NZ, FR, FF, IL, MS, AS. Aku dekat sini tak ada tak pernah cari penganti korang. Dengan korang aku boleh jadi diri aku. Sikap ganas aku, sombong aku, "pengotor" aku, lawak bangang aku, marah aku, panas baran aku, budak-budak aku. HAHAHA sampaikan MS cakap "Siapa je lelaki suka dekat kau? Mustahil. Sebab tak ada lelaki suka perempuan tomboi" 

Kalau korang ada dengan aku sekarang mesti aku kena bahan dengan korang. Then, tak kan percaya ini aku ke? Lain sangat wei. Aku bukan hipokrit. Tapi aku cuba nak berhijrah. Tempat baru sikap baru. Tapi jagan risau aku tetap macam dulu-dulu. Cuma perangai terkinja-kinja macam orang tak matang masih tak boleh ubah.. 

Korang rindu aku tak? 

Kau Anak Yang Baik

Harap yang terbaik. Nak jadi terbaik untuk diri sendiri mesti kena terbaik pada mak bapak. I means kalau mak bapak yang jenis nak anak berjaya dunia akhirat. Bukan mak bapak yang pentingkan dunia semata-mata. Ada jugak macam tu. 

Marah mak bapak lain tau. Aku bukan nak tunjuk aku ni anak soleh/solehah. Tapi pepandai pikir sendiri la. Kenapa kau kena marah. Ada sampai tangan kau patah, mata kau buta sebab kena marah dengan mak bapak kau tu? Kalau tak ada. Mak bapak kau masih sayang kau. Just nak yang terbaik untuk kau. 

Pentingkan diri. Untuk kebaikan kau? Apa guna kalau mak bapak kau sedih tapi kau happy dengan hidup kau? Dia ada suruh kau berjudi, minum arak ke melacur sampai kau kata untuk kebaikan kau? Sampai kau rasa benda yang mak bapak kau buat salah. Berdosa? Diorang cuma nak masa depan kau cerah. Untuk hidup kau bukan hidup diorang. Tah berapa lama diorang masih ada dengan anak-anak. Ke lepas kau tengok mak bapak kau terbaring kaku, baru kau rasa benda yang diorang buat tu betul? 

Takpe. Slow-slow kau boleh tinggalkan benda yang buruk. Kau anak yang baik. Cukup baik. Cuma sikap kau yang nak turut kehendak kau, jadi kau sendiri rasa kaulah anak yang teruk. Kau tak teruk. Semua orang buat silap. HArgai mak bapak kau selagi diorang masih cara hal kau. Jangan diri sendiri dah kena baru kau sedar. BAru kau nak ingat apa yang diorang cakap itu betul. Jangan....

Monday, November 9, 2015

Ada Rumah


Dah dua hari di rumah. MAcam tak percaya ja. Hahaha Seronok. Tak nak pikir balik asrama pun. Rindu dekat ibu ayah. Tak boleh nak cakap. Terlalu banyak. Adik dengan kakak lagi lah. Berapa lama tak jumpa.

Mak ai. Seminggu ja cuti. Kau rasa cukup ke? Sedih duduk rumah tak dan nak panaskan bon*** pastu balik asrama semula. Assigmnt lek lu. JAngan pikir. Balik sana baru kita buat gelabah. Dan baru perkataan menyesal muncul dari mulut sendiri. Akan tiba waktu tu. In Sha Allah. :)xx

Flower

Dup Dap. Tak mampu nak pandang guna mata. Kalau kaki aku ada mata. Mungkin aku guna kaki.  Bila pandang tak tau nak buat ekspresi muka apa. Muka terkejut? Gigit jari. Oke kita berlagak cool. Selalu duduk beramai. Boleh gelak macam tak ingat dunia. Tapi hari tu duduk sesorang. Nak gelak sorang diri ada yang cakap "GILA". Terpaksa scroll twitter tengok tweet apa yang tengah trending. Jumpa tweet hambar nak gelak. Tapi macam aku cakap tadi. Duduk sorang takkan nak gelak macam orang tak ada masalah dalam dunia. k
Semua benda nak buat tak kena. Lambat pulak tu pesanan sampai. Ya Allah. Sampai nak menaip pun sejuk tangan. Bukan ada depan mata pun. Acting lebih ni. Otak pikir nak balik. Cari jalan keluar supaya tak ada siapa perasan. Harap aku oke waktu tu. -_- Jangan sampai ada yang pandai baca fikiran. Harap kalau tegur banyak benda nak cakap.