Sunday, August 2, 2015

Tebal Muka

One day, kau dah sambung belajar. Kau akan rasa benda yang sama macam aku rasa. Mungkinlah. Lain kalau kaseme family memang kaya. Memang takkan rasa benda yang aku rasa. Aku rasa apa? Haa ni lah nak cerita. 

Memandangkan duit PTPTN tak masuk lagi. Kau akan rasa satu benda yang menyusahkan. Memang kalau kau nak mintak je mesti kene tebal muka, pikir dua tiga kali. Kau akan pikir, kalau kau nak mintak ade ke? Nak ambik cerut mana? Hurm. Sebab pikir kau nak masuk exam, takut tak lepas. Kau tebal jugak mintak dekat parents memasing. 

Dan start la drama. Bukan drama Melayu, tapi drama orang yang tak sekaya kau. Yang tetiba mintak duit macam "tepuk" duit masuk. Orang-orang macam aku ni. Dua tiga kali jugak lah pikir. Tapi untung dia satu ja. Sekurang-kurangnya kau akan kenang jasa parents memasing. In Sha Allah. Selagi kau tak putus ingat Allah , dekat dengan Dia. Allah akan sentiasa lindung kau dari sebarang kemunkinan yang memang kita tak nak. Aku nasihat untuk diri aku juga. Sebab aku manusia yang jenis "makan semut satu balang". 

Saturday, August 1, 2015

Nasihat Hakak kepada "Adik-adik"

Sekian lama berpisah.. Akhirnya bertemu... Sila nanyi ikut rentak Jamal oke? fuh-fuh. Macam biasa ayat yang selalu di dengar mahupun di baca dekat mana-mana blog yang dah berabad tak update. Sorry? Pemalas? Beradab sikit cakap tuh. kehkeh 


Tak nak story banyak. Just nak bagi sumbangan pendapat Mungkin sesetengah orang boleh jadikan nasihat atau penaik semangat. Macam backing powder la kiranya. Hakak melawak je dik. Kalau nak baca and nak terima pendapat aku pun boleh. Tak terima or bangkang and rasa memang salah lah apa yang aku cakap sila lah komen or tegur-tegur aku yer.


For those, dah abes SPM kau akan menghadapi masalah ini. "Result kau berapa?" "Sambung belajar mana?" "Nak ambik kos apa" Simple question but too difficult to answer. Benci doh. 
But hari ni nak carita pasal sambung belajar. Hakak nak pesan pada adik-adik yang tegah ambik SPM ni. korang WAJIB, oke wajib score English, Math and Sains. yang lain pun kena la score jugak. Sebab apa. Nak masuk Uni yang TOP kena lah teroo BI ceq. Math dalam pale otok doh. Paham noh? 
Then, hakak nak pesan. Yang dah dapat result gempak tu. Jangan lah terlalu yakin yang awak diterima masuk Uni. Jangan sesekali dalam kepala hotak yang berjambul tu pikir yang korang kompem-kompem dapat masuk Uni. Zaman sekarang hadik-hadik sayang.. Budak bijok lake. Dok tau nape die makang. Makang sirih kod. :3 Melawok jeh. Amboh aa serious sangak. Lepas dapat result rerajin la doa, still solat hajat seme-seme oke? oke situ abes.


Next station, hakak nak bagi tau. Yang dapat result molek tu kalau tak dapat sambung belajar jangan sedih. Akak ada sorang kawan Result dia bagus. Tapi rezeki dia lambat. Akak pasti, rezeki dia lagi besar and bagus akan datang pada dia. Lagi besar dari apa yang dia nak. Sebab apa? Sebab kesabaran dan doa dia. Hakak memang salute kat dia. Walaupun banyak kali dia down. Dengan sendiri dia akan bangkit. Fikiran selalu positif. Dia percaya rezeki dia. Rezeki Allah tu sangat luas. Kut cerut mana pun korang gih. Allah akan bahagikan rezeki ikut kemampuan dan kehendak Allah. Jangan sesekali down bila tengok kawan cakap pasal belajar Uni sana sini. Yang kita hanya mendengar apa yang diorang hidang. Percayalah. Ada yang masuk Uni ni sekadar nak ber"sosial" ja. Dalam 10 orang aku berani jamin 6/7 orang ja yang niat. "Bila kau dapat masuk Sana Sini. Kau nak belajar, nak tolong makk bapak." Selebihnya niat bercampur aduk dengan belajar nye , benda lainnya.Pasang niat betul-betul. 

Friday, May 15, 2015

Perception


First perception ? Aku teringin nak tau apa pandangan orang dekat aku. Yup. Nak tau sangat. Aku ni orang macam mana? Mungkin aku tak boleh nak nilai diri sendiri. Mungkin jugak. Atau mungkin aku tak sedar macam mana aku layan orang lain. Tak semua suka kita kan? At least, kalau aku tau. Aku try berubah. Cuba jela. Tak salah bukan?

Oke setakat ni, aku cuma tau sikit jela. Mintak pendapat "Abang Rodong". Eh jap pendapat ke? Erm bukan pendapat la kod. Tanya pasal perception dia. Haha kelingnya ayat. Its okey. Aku ni jenis:

1.Pendiam ofc
2.Tak ada perasaan
3.Tak leh cakap lah. Kurang sopan. Haha
4. Mature
5.Suka melayan orang?
6. Pemalu

Fact ! Tapi mungkin kalau orang yang bebetul kenal aku. Takkan percaya itu aku. Jenis tak suka tunjuk sikap yang sebenar. Hipokrit? Sorry? Bukan macam tu. Tak kan benda yang buruk tetang diri kita orang nak tau kan? Simpan dalam bekas. Buat santapan sorang sudahlah. Ni nak menayang dekat manusia-manusia yang kekadang tau cari salah orang. Mula-mula ramai orang suka. Tup tup, dalam diam menyampah. Kalau boleh tak nak tengok muka yang hari-hari depan mata diorang Sebab apa. Diri sendiri bukak aib sendiri. Boleh jugak kita panggil balasan. Pernah dengarkan? Kalau kita bukak aib orang, Allah akan bukak aib kita. Mungkin. Mungkin lah, dalam diam, kita tak perasan kita ada bukak aib orang lain. So, kegunaan perkataan yang sangat mulia "MAAF" sangat bermakna. Pergi mintak maaf dekat semua orang. Kenapa semua orang? Sebab semua orang tulah salah seorang atau semua pernah kita sakitkan hati dalam diam atau terang-terangan.

So, aku kat sini nak mintak maaf dekat semua orang. Kau, kau dan kau.Mulut aku ja kasar. Tapi tak bermakna apa-apa yang aku cakap. Semuanya mungkin sekadar gurauan semata-mata. Atau mungkin memang aku saja nak menyakitkan hati orang. Sebab tak semua sikap aku orang boleh terima kan? Jadi, maafkan salah silap yang pernah aku buat. 

Tuesday, May 5, 2015

Otak di Lutut


Hai gadis-gadis dan lelaki-lelaki kat luar sana. Hati ni membuak-buak nak tahan marah pun ada. Geram apatah lagi. Mana tak nya. Baru lepas tengok satu video. Kalau korang tengok pun akan rasa benda yang sama macam aku. Video apa? Buli? 

Buli? korang boleh terima tak perkataan tu dalam hidup korang? Ok jujur aku cakap. Aku cukup menyampah dan meluat tengok orang yang membuli orang ni. Kau dapat apa, bila kau buli orang? Macam sampah perangai. Yup. sampah ! Cuba jadi dekat adik/akak or sesiapa ahli keluarga korang. Sanggup ke korang? Kalau cakap pasal buli. Dekat sekolah tu berlambak. Buli ni banyak. Melalui Fizikal, Mental, Media Sosial. Paling muak bila ada kes buli kat sekolah.

Kalau kes buli ni. Kita selalu dengar Lelaki kan? Ok la lelaki memang sikap dia. Memang kaki gaduh. yang aku paling tak paham bila Perempuan ni. Hok orang kata lemah-lembut, ayu, cantik ni. Aku pun perempuan kod. Aku pun tak adalah lemah-lembut sangat. Tapi tak adalah konon bajet gengster tah pape pegi belasah sana sini. Kes apa? Lain tak bukan LELAKI.

Geli kut gaduh sebab Lelaki. Korang sure ke lelaki hok korang berebut tu memang nak dekat korang. Lagi-lagi bila dengar korang ni perempuan yang "kaki pukul" kononnya. Korang pasti diorang nak buat bini? Setakat tarik-tarik rambut tu. Alahai. Gaduh ajak geng. Yang si pembuli tu pun satu. Memang bengap ea? Nak gaduh kena rakam bagai. Nak tunjuk apa? Nak tunjuk kau hebat? Orang tak boleh kacau kau lepas ni? Jangankan perempuan. Lelaki pun tak nak dekat dengan korang. Kalau ada pun semua yang nak ambik kesempatan dekat kau, kau dan kau. Kalau memang ada yang nak buat bini tu kira untung lah kau. Sebab memang jodoh kau. Kalau yang nak buat suka-suka. Yang nak memuaskan nafsu macam binatang tu. Kau nak jadi apa. Maruah kau hilang. Jantan pun lari. Cuba pikir dengan otak. Eh-eh bukan otak tapi Akal. Memolek Allah bagi akal tak nak guna. Bak kata cikgu aku "Otak kau memang detak kat lutut eh?" 

Bukan nak tunjuk baik. Tapi buat la benda yang mendatangkan faedah yang boleh masuk dek akal. Nak gaduh-gaduh memang tak matang. Bebudak. Muka dah tua bangke, hati sebok nak bercinta, otak dah pikir pasal kawin Still nak begaduh macam budak-budak. Nak tunjuk kau hebat. Tapi menjatuhkan maruah sendiri adalah. Untuk adik-adik hok sekolah lagi tu. Mak bapak kau hantar kau pergi belajar kat sekolah. Diorang suruh kau belajar. Kau pergi berebut jantan macam lah jantan tu memang nak kawin dengan kau. Sekolah dulu dek ! Perangai biar macam manusia. Tapi bila dah jadi pembuli ni, perangai macam sampah pun ada. Kalau nak bahasa kasar lagi macam binatang. Tak payah buat benda bodoh. Hidup kena cerdik. Pikir apa yang kau nak buat tu. Betul atau salah. Baru bertindak gile !

Wednesday, April 29, 2015

Panjangnya Ceritaaaa

Tak direstui. Tak bermakna budak tu jahat or what. Cuma tak berkenan dengan cara dia. Mungkin dah tau sikap or kisah silam or yang berkaitan dia selama ni. Memang. Memang kita tak boleh judge orang tu guna kisah silam. Mungkin dia dah bertaubat. Atau mungkin tak jugak. Yang paling, membuatkan orang menyampah dan meluat dengan orang tu sebab sikap dia. Sikap yang tak pernah nak berubah. Dulu janji itu ini dengan kita and ayat-ayat tu jangan cakap lah. Manis dia macam madu atau mungkin lebih. Mungkin ada percaya sikit. Tapi alhamdulilah boleh tersedar balik. Mungkin janji dia tu betul, mungkin nak lakukan perubahan tu betul memang dari lubuk hati dia yang dalam nak berubah. Tapi, sekarang mana janji tu? mana perubahannya? Janji dah jadi sampah. Perubahan hanya sekadar mimpi indah.

Entahlah. Ada sampai satu tahap. Dah jadi macam satu penipuan. And orang yang ada sikap macam aku. Memang susah nak percaya dan muak dengan penipuan yang dah bertingkat-tingkat macam tangga. Macam mana nak percaya dah lepas tu? Sampai satu tahap gunung yang dulunya senyap. Kononnya banyaklah pokok tumbuh. Rupa-rupanya gunung berapi. Meletus jugak sampai waktu dia. Mana boleh tahan kan? Asik makan ayat-ayat mani. Ingat boleh kenyang ke? 
And kita se'bodoh' pulak percaya pujuk rayu. Sebenarnya kesian. Beria mintak simpati. Padahal dah banyak kali ditipu, dicaci, dimaki semua yang boleh menyakitkan hati kita sendiri. Apa tujuan dia sebenarnya? Sayang? Bukti? Sanggup buat apa aja? Tipu lah. Kalau sayang kenapa maki? Kalau sayang kenapa sanggup memalukan orang lain? Kalau sayang mana bukti janji-janji kita dulu yang nak tinggal benda yang lepas. Padahal ulang perkara yang sama. Then, senang-senang mintak maaf dan berani buat janji yang baru. Kalau dibukukan janji tu mau 10 buku atau pun lebih. Bukan buku yang nipis tapi yang tebal !. Tapi, apakan daya, memang kelebihan mengunakan kepakaran seorang hamba Allah. Yang diberi kelebihan untuk 'mengayat' 'meminta simpati' dengan sanggup menebal muka, merayu kononnya nak buktikan kali ni betul-betul dah berubah. Manusia, biaslah bila ada depan mata buat nampak tak nampak ja. Kekadang ada jugak layanan macam SAMPAH. Tuduh sana sini. Macam tak ada otak. Nak ikut kepala sendiri ja. Macam bagus sangat. Tak pernah nak ikut pendapat orang lain. Sebenarnya manuia jenis apa ni? Bila tak ada barulah, buat-buat sedar. She/He the one ! Hipokrit ! Selfish ! Bila ada depan mata macam sampah, bila tak ada sebok tercari-cari macam dah buta. 

Orang macam ni nak dibuat pasangan hidup sampai ke anak cucu? Ya. Manusia berhak untuk berubah. Mungkin dengan perubahan dia nanti. Dia akan menjadi lebih baik dari orang yang dah sedia baik ni. Allah tu maha adil. Mungkin satu hari nanti akan timbul perasaan menyesal dalam diri kerana orang dulu yang di anggap penipu, hipokrit akan menjadi yang terbaik dalam kalangan yang baik. Tapi tak apalah. Mungkin dia berubah sebab kita ni yang pandang serong pada diri mereka. Mungkinlah.. Mungkin jugak kalau kita tak buat macam tu, dia tak nampak. And berulang-ulang dia akan buat silap macam orang tak ada akal nak pikir. 

Nak cakap pasal maruah. Maruah kita sebagai manusia and berkelurga ni tinggi tau. Tak ternilai. Ikut cara masing-masing nak jaga maruah dengan macam mana. Masing-masing dengan cara masing-masing. Kau, Aku, Dia, Mereka semua dengan cara masing-masing. So, tolong hormat. Tolong pergi yang mana patut pergi. Sampai bila? Sampai bila nak rahsia and sampai bila nak duduk dalam dilema and syok diri sendiri buat apa yang kita suka tanpa restu "seseorang" yang memang layak dan diiktiraf oleh Allah. Redha Allah adalah redha dari "seseorang" itu. "Seseorang" yang penyebab  adanya kita dekat atas muka bumi ni. Mungkin dinamakan takdir Yang di amanatkan oleh Allah untuk mendidik kita sebagai hamba-Nya yang bertaqwa. Ini tanggungjawab "seseorang" tu. Dan kita yang tak semena-mena ni. Tiba-tiba ikut cara masing-masing. Padahal mereka yang lebih tau dari kita. Kita yang baru celik dunia kononnya dah tau semua. Tak malu ! 

Dan pernah di dengar "seseorang" tu menyatakan yang mereka bukan niat untuk memilih. Tak kiralah kaya atau miskin. Buruk atau cantik. Tapi biarlah yang sejuk mata memandang. Dan bukan pilihan yang reti berjanji dan ada kalanya bersumpah macam orang Gila. Alih-alih, ulang perkara yang sama. Sampai setiap hari nak mengair air mata. Entah-entah air mata dah kering sebab janji-janji manis orang yang entah dari mana datang dalam hidup tiba-tiba. Bahagia ke macam tu? Hari-hari menganggu orang macam tak tau dunia sekarang perlu rehat, orang sebok dengan kerja. Sampai tidur pun macam persinggahan ja dalam hidup ni. Tak pernah nak cukup. Tak pernah ! Yang hanya di tau. Nakkan kepuasan hati sendiri. Dan kita se'bodoh' kena mengaku setiap tuduhan yang dilempar. Betul atau salah belakang cerita. Kalau tak mengaku di maki, bergaduh macam anjing dengan kucing. Kan menyiksa diri. Baik cari yang lain. 

Bercinta lama mana pun. Itu tak menjamin apa-apa kalau setiap malam "seseorang" tu doa setiap hari agar dijauhkan dari kelurga dan rezeki yang diberi oleh Allah yang sekarang dah boleh berfikir buruk baik malah boleh menilai yang mana kaca dan mana permata. Menjamin ke kalau setiap hari menagis macam orang mati anak. Maki sana-sini. Takdir? Jap. Lupa nak cerita tadi. Kita sebagai manusia sebagai penyebab dari takdir. Takdir Allah dah tetapkan. Bukan diri kau, aku, dia, mereka yang tetapkan. Tapi takdir tu dari Allah. Pernah belajar agamakan ruku Iman? yang ke-6 tu. Apa yer? Beriman/Percaya pada Qada' dan Qadar kan? So, mana buktinya takdir tu datang dari seseorang yang bergelar manusia. Lebih baik kaki kita sendiri yang melangkah pergi. Tanpa perlu memalukan diri sendiri bila berhadapan dengan "seseorang". Sampaikan "seseorang" itu beri amaran sekeras-kerasnya. Takut juga bila orang lain mendengar. Ada juga unsur makian yang budak-budak bawahan tak boleh di dengar. Tapi masalah yang datang dari diri kita sendiri gituu..

Sudah terang lagikan nak suluh guna lampu ke lilin ke. Pergilah. pergi cari diri kita. Cinta pada yang kekal dahulu. Lepas tu cari untuk buat sampingan hidup. Tak susah. Janji. Redha "seseorang" tu mesti ada. Tapi bukan dari seseorang di sini. Mungkin di sana. Malah, mungkin dapat yang lebih baik atau lagi terbaik. Dan kita se'bodoh' cukup-cukuplah menyiksa diri dengan janji-janji yang belum pernah ditunaikan selama ni. Jadi lah kita dari se'bodoh' kepada se'berakal'. Akal anugerah Allah yang sangat ternilai. Kita manusia ja yang ada akal. Binatang ada? Kalau tak guna akal sama jelah kita dengan si'binatang'. 


*Entry ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Atau untuk menguris hati mana-mana pihak. Sekadar bercerita kisah yang tak benar. Mungkin ada yang terguris atau termakan cili dari entry ini. Tidak ditujukan untuk sesiapa. Mohon maaf dari penulis belog ini. Tiada kaitan antara masih hidup mahupun yang tiada. 

Kawan Baik

Hai rodong ! Pe habaq? Baik noh? Lama dah aku pikir. Penang dengan Kedah loghat dia dama ke? Or ada beza sikit? Hmm.. Tapi takde kene mengena pun benda yang nak diceritakan. Lama dah aku tak mengarang. Sejak-sejak dah abes sekoolah ni. Last sekali time SPM haritu la. Ayat semua kelaut. HAHAHA...

Kawan Baik? Ada ke aku ni? Mungkin ada atau mungkin aku yang perasan sendiri yang aku nilah kawan baik diorang. Sedih kan? Aku ada seko kucing. Sekor? eh-eh.. Seorang Kucing. Heeee.. Kenapa aku cakap seorang? Bunyi macam gila sebab macam tak pernah belajar Bahasa Melayu kat sekolah kan? Tapi tu lah yang aku nak bagi tau. Ola ni lain sangat. 

Korang tengok ea? Dia akan buat apa yang semua orang dalam rumah ni buat. Macam makan depan Tv? Aku ni memanglah tabiat or buang tebiat. Memang suka makan depan tv. Sebab tu kekadang tercekik tulang. Sorry? Selalu tercekik tulang. -,- One day, Ola datang rumah. Time tu bulan 12. Akhir bulan 12. Aku ingat sebab time tu adik still kat rumah and akak aku pun ada kat rumah. Cuti sem katanya. Adik lah yang jumpa Ola tu dengan cousin aku Mizan. Dah lama kot, rumah aku ni tak ada kucing. Sejak Puteh kucing yang paling ling lingggg aku sayang yang "Dibuang" oleh entah sesiapa. And i was like.. "Aku tak kan maafkan orang tu. Jumpa dekat sana jelah." 

Ola.. Ibu mula-mula memang malas dah bela kucing ni. Tapi, disebab kan diorang datang rumah sini sendiri. Ambik jelah. Orang cakap kucing bawa rahmat kan? So, aku bela punya bela. Sekarang dah besar. Ola ni berak kencing dalam bilik air. Aku tak ajar. Dia yang datang, and terus ke bilik air. Aku pelik jugak. So, dia tinggal ja dalam rumah. Dia suka berjalan 'naik kereta' . Suka share makanan dengan orang. Mesti bagi dia rasa apa yang kita makan. Suka makan ice cream. Kuat tidur. Suka main nyorok-nyorok. Kalau korang nak tengok gambar Ola. Boleh follow ma insta . Terlalu banyak pasal Ola yang aku nak cerita.And satu perkataan yang boleh aku cakap. Dia lah kawan baik aku. 

Tak update


Jawab salam dulu. Just Renew my blog. Padam apa-apa yang patut. Padam memori? eh taklah. Tu cuma sejarah lama. Zaman 'Jahil' . Sekarang masih jahil . Tapi ada la dah tau sikit banyak tentang selama ni pakai antak. Pakai buat. Pakai langgar. means belajar dari perkara yang lepas. And pikir balik. Asal aku 'bodoh' sangat update macam tu? Hahaha zaman-zaman 'bercinta' kononnya kat sekolah. Sekarang dah tak sekolah kan? Baru lepas SPM. So, adelah belagak, kononnya dah tau hal dunia banyak. Padahal baru setahun jagung (kata makcik dalam bas haritu) 

Tak ada apa yang menarik dalam hidup aku. And tak boleh nak kata apa. Lagi pun takkan nak share kan? Haha. Tapi Alhamdulilah. tahun 2015 ni. murah rezeki sikit. Sebab adalah buat ibu ayah happy atas usaha aku. Result cemerlang? Mungkin lah. Takde cermerlang mana. Tapi boleh buat diorang tersenyum gembira sebab apa yang aku usahakan selama 5 tahun aku belajar. Tu pun syukur Alhamdulilah.Benda ni buat aku lagi semangat nak capai something yang memang impian mereka. 

Aku tak mintak di bangga atau di sanjung dari orang lain. Cukup setakat ibu ayah happy. Itu paling bermakna. Orang lain pon ada happy and tak suka? Itu masalah diorang. Aku tak ada kene mengena pon. And last one. Ini semua pun sebab cikgu-cikgu hok ajar aku. Kalau tak ada diorang. Boleh ke aku sampai tahap ni? Mungkin tak. Yang paling penting. Hubungan kita dengan Allah kene utamakan. Sebab apa? Kita ni duduk kat bumi Allah. Yang kita pakai pun Allah punya. So, kena la utamakan yang Kekal, yang menjamin keidupan dekat sana nanti. Sekadar perkongsian yang entah apa-apa. Datang dari hati aku and mungkin pikiran aku. Yang nak buat kenangan. Yang tak bermakna dalam hidup korang. Tapi, amat bermakna dalam hidup aku.

Tuesday, June 25, 2013

Taknak Hilang Korang !


Assalamualaikum.. hey cer ttengok gambar atas tu? comey tak? haha toe la mmber eyza. bukan member tapi buddyz + family + sahabat dll xD eyza yg mana? belah kiri ujung sekali. haa~ haha oke kelaka muka aku -_- yg pakai tudung ungu toe Fatin Farhana. jgn kacaw dia taken *bisik* oke-ii yang tudung biru + baju biru toe adik kitorang. ayu kan? haha dia lahir bulan 12 kod. xD lewat giloo.. nama dia Nurul Fatin. dia pun taken oke? jgn nak kacaw-ii. nanti pakwe dia cepuk. nak? :p haa tudung merah + baju merah toe Nik Zatasya. cute right ? dah tao dah.. cikgu pun ckp dia comel. sampai ibu eyza puji-ii dia. Jealous k ! :p dia single btw. ngorat la dia xD haha toe pun kalau dapat .. hati dia keras sikit nak terima boy *bisik* :p 

ha toe la member-ii eyza. kami kawan dari form 1 lagi, samapi form 4. taknak pisah. kemane-ii pegi mesti dengan diorang. awesome kan? diorang la tempat eyza manje-ii . aumm kiss pipi korang :* >.< janji k? kta takan pisah? sebenarnya hati aku berat nak bagi korang sambung stdy mne-ii , yg jaoh dari aku. hm takod korang dpt mmber lagi baik dari aku.. taknak !! korang terbaik. tthanks jaga aku dekat sekolah. aku tao aku nyusahkan korang tapi, korang sabo je. haha toe makin aku mengedik dgn korng :**


ha yang nie lagi pulak! keal kenal kenal? dua-ii rabun xD same la mcm eyza. haha yg pompuan omey-ii lagi cantik toe Ain Zamri. dekat kelas dia nie la yg paling awesome. mood tak menentu bila dengan budak sebelah dia tu. bju merah toe. Ahmad Solihin nama dia. sweet couple nie. eh tak la memain ja xD haha diorg nie memng rapat gilo. haha eyza pun menyebok sekali. diorang nie Buddyz eyza jugak. sayang korang sgt :P klu korang nak cari eyza dekat sekolah, cari lah diorang dulu. sebab eyza selalu bekepit dgn diorang. hee.. nak manje dgn bnyk org nie. haha diorang nie kuat gadoh tau -_- pening dgn diorang. tapi cepat baik. haha sweet oke? masing-ii paham prasaan masing-ii. eyza jadi tukang kacaw. haha aum-ii ..