Tak update
Jawab salam dulu. Just Renew my blog. Padam apa-apa yang patut. Padam memori? eh taklah. Tu cuma sejarah lama. Zaman 'Jahil' . Sekarang masih jahil . Tapi ada la dah tau sikit banyak tentang selama ni pakai antak. Pakai buat. Pakai langgar. means belajar dari perkara yang lepas. And pikir balik. Asal aku 'bodoh' sangat update macam tu? Hahaha zaman-zaman 'bercinta' kononnya kat sekolah. Sekarang dah tak sekolah kan? Baru lepas SPM. So, adelah belagak, kononnya dah tau hal dunia banyak. Padahal baru setahun jagung (kata makcik dalam bas haritu)
Tak ada apa yang menarik dalam hidup aku. And tak boleh nak kata apa. Lagi pun takkan nak share kan? Haha. Tapi Alhamdulilah. tahun 2015 ni. murah rezeki sikit. Sebab adalah buat ibu ayah happy atas usaha aku. Result cemerlang? Mungkin lah. Takde cermerlang mana. Tapi boleh buat diorang tersenyum gembira sebab apa yang aku usahakan selama 5 tahun aku belajar. Tu pun syukur Alhamdulilah.Benda ni buat aku lagi semangat nak capai something yang memang impian mereka.
Aku tak mintak di bangga atau di sanjung dari orang lain. Cukup setakat ibu ayah happy. Itu paling bermakna. Orang lain pon ada happy and tak suka? Itu masalah diorang. Aku tak ada kene mengena pon. And last one. Ini semua pun sebab cikgu-cikgu hok ajar aku. Kalau tak ada diorang. Boleh ke aku sampai tahap ni? Mungkin tak. Yang paling penting. Hubungan kita dengan Allah kene utamakan. Sebab apa? Kita ni duduk kat bumi Allah. Yang kita pakai pun Allah punya. So, kena la utamakan yang Kekal, yang menjamin keidupan dekat sana nanti. Sekadar perkongsian yang entah apa-apa. Datang dari hati aku and mungkin pikiran aku. Yang nak buat kenangan. Yang tak bermakna dalam hidup korang. Tapi, amat bermakna dalam hidup aku.