Thursday, March 22, 2018

Yang Pertama Kali

Untuk pengatahuan kalian. Aku sebenarnya tak nak expose blog aku. Aku malu. Malu dengan setiap kata dan tulisan aku. Takut orang meluat. Tapi dengan harapan jugak "Mintak-mintaklah ada yang sudi singgah dan baca" Hareyy..  Entry aku taklah semenarik blogger-blogger lain. Suka atau tak itu pilihan masing-masing. 

Sedikit pengenalan. Aku start blogging 2012 till now. In Sha Allah. Aku baru je update blog aku baru-baru ni. Bersihkan sampah-sampah. Mostly benda lepas yang tak penting kod untuk ingat (padahal nak sorok ayat budak- well, pengalaman mendewasakan kita.Tetibe) Tujuan aku expose blog ni bukan nak kejar traffic. Tapi, aku rasa dah tiba masanya untuk aku beranikan diri untuk keluar dari benda yang aku benci. 


Untuk melangkah ke depan, hadap manusia-manusia yang pelbagai muka. Buat aku takut. Jadi aku jadikan tulisan aku ini sebagai platform untuk aku bina keyakinan aku, untuk suarakan pendapat aku, dan yang paling sebenarnya. Sebagai tempat aku bercakap benda yang logik pada aku. 

Jadi - BISMILLAH.. 

Tuesday, March 20, 2018

Dua Tahun setengah

Korang perlu tahu, Ini bukan rindu biasa-biasa;

Assalamualaikum. 2 Tahun setengah. HAHAHA sungguh cantik. Korang kawan korang family. Terima kasih sudi bagi peluang dekat aku untuk kejar benda yang sama. Untuk sampai ke puncak bukan senangkan? Biarlah kalau ada yang kata, "cuma Diploma" bagi aku tu bukan masalah. 

Banyak perkara tak boleh padam. Diam tanda tak setuju, itu cara gaduh kita. Bukanlah set-set cantik, makeup, tapi, makanan yang menyatukan kita. Bab makan boleh bawak gaduh.  Makan nak senam tak nak.(Tak bagus untuk kesihatan yer semua)

Bagi aku, erti kawan baik adalah kawan yang baik dengan aku dan aku pun baik dengan mereka. Kalau baik tapi belakang di tikam, atau kawan with benefit itu belakang cerita. As long mereka baik dengan aku. So, kita kawan baik. Ngeh ! 

Aina, Hanim, Teah, Iman. Aku tak tau diorang kategori kawan apa. Sebab selalu je menyemak time bahagia and sedih aku. 

P/s : Aina, Hanim, Teah, Iman. Ada satu benda aku nak bagi tau kau semua. Ada satu hari, aku rasa aku nak kedekut sangat. So, aku makan ayam goreng sorang-sorang kat tangga sebab aku tak nak kongsi. :)) 

Friday, March 16, 2018

2017 Terima Kasih

Assalamualaikum. Hey. Nak cari ilham untuk tulis apa. Payah. Sedangkan aku boleh je cerita apa yang aku nak kan. Aku rewind balik apa yang jadi sepanjang tahun lepas. Yang bagi aku, menarik. Dan aku tak tau bagi korang.

Mei, 2017;
Aku dah tamat diploma. (Alhamdulilah) Satu kebanggaan untuk aku. Terlalu banyak benda yang berlaku sepanjang aku hidup dekat 'sana'. Bagi aku istilah 'hilang kawan' masa belajar macam dak-2 students cakap sama sekali tak sesuai untuk aku. Hal ini kerana, eceh! Aku terima kalau seseorang/sekumpulan manusia nak pergi atau tinggal dalam hidup aku. Hati orang mana boleh paksa weh. Kalau dia pergi mesti bersebab. Mungkin ada silap aku yang aku tak sedar dah calarkan hati mereka. (Atau mereka cemburu dengan kejayaan aku/hidup aku? Who knows kan? HAHAHA) Untuk yang stay tu. HAI KORANG :)

23 October, 2017;
Yup birthday aku. PLUS ! Hari graduasi aku. Aku pass ofc. CGPA tak ada lah bagus sangat tapi Alhamdulilah. Nak buat famliy aku bangga tu boleh lah. Tak dean pon. Untuk birthday aku yang ke-20 aku dapat jumpa kawan-2 diploma aku. Walaupun 2 tahun masih tak cukup. Aku rindu. :')

Untuk 2017, terima kasih. At least aku dapat rasa kebahagiaan. Dan untuk memori yang mengguris, terima kasih. Aku dapat belajar semua benda. Terima kasih atas peluang. XX