2017 Terima Kasih
Assalamualaikum. Hey. Nak cari ilham untuk tulis apa. Payah. Sedangkan aku boleh je cerita apa yang aku nak kan. Aku rewind balik apa yang jadi sepanjang tahun lepas. Yang bagi aku, menarik. Dan aku tak tau bagi korang.
Mei, 2017;
Aku dah tamat diploma. (Alhamdulilah) Satu kebanggaan untuk aku. Terlalu banyak benda yang berlaku sepanjang aku hidup dekat 'sana'. Bagi aku istilah 'hilang kawan' masa belajar macam dak-2 students cakap sama sekali tak sesuai untuk aku. Hal ini kerana, eceh! Aku terima kalau seseorang/sekumpulan manusia nak pergi atau tinggal dalam hidup aku. Hati orang mana boleh paksa weh. Kalau dia pergi mesti bersebab. Mungkin ada silap aku yang aku tak sedar dah calarkan hati mereka. (Atau mereka cemburu dengan kejayaan aku/hidup aku? Who knows kan? HAHAHA) Untuk yang stay tu. HAI KORANG :)
23 October, 2017;
Yup birthday aku. PLUS ! Hari graduasi aku. Aku pass ofc. CGPA tak ada lah bagus sangat tapi Alhamdulilah. Nak buat famliy aku bangga tu boleh lah. Tak dean pon. Untuk birthday aku yang ke-20 aku dapat jumpa kawan-2 diploma aku. Walaupun 2 tahun masih tak cukup. Aku rindu. :')
Untuk 2017, terima kasih. At least aku dapat rasa kebahagiaan. Dan untuk memori yang mengguris, terima kasih. Aku dapat belajar semua benda. Terima kasih atas peluang. XX