Kembali lagi ke sini. Otak kosong. Derhaka pada diri. Janji-janji yang dibuat sendiri kali ni makan diri sendiri. Pengenalan dengan lelaki akhirnya tersungkur. Saja masuk jerat, yang diri sendiri tau akhirnya kemana. Pada mulanya indah. Pengakhiran? Cuma air mata. Cuma aku memperjuangkan? Cuma aku yang perlu paham? Cuma aku perlu penuhi segala kehendak dia? Cuma aku? Pada mulanya sama-sama akhirnya cuma aku? Kerana terlalu sanjung akan sayang, cinta sampai tak pikir maruah diri.
Cerita tentang keikhlasan. Setiap apa dibuat, setiap pengorbanan masih tak jelas di mata. Adakah ianya sia-sia? Jika masa yang di minta satu bebanan, jadi kembalikan masa aku.