Aku baru sedar yang aku lebih ikutkan perasaan. Banyak cerita dalam entry-entry aku yang berunsur kecewa, sedih. Tapi entahlah aku pun tak tau kenapa. Mungkin aku bukan seorang yang pandai menyusun kata-kata lisan ketika sedih? Atau.. Patutkah aku pura-pura bahagia untuk mencapai kebahagiaan walau dalam kepura-puraan?
Friday, September 11, 2020
Tempat Kegemaran
Aku bayangkan yang aku dikelilingi kehijauan, atau mungkin suara ombak yang menghempas pasir pantai. Aku nampak yang diri aku di situ. Selesa! Bukan sok-sok nature, tapi sungguh! Aku sukakannya. Sendiri atau bersama sesiapa aku tak kira. Janji aku dapat menikmatinya--sendiri.
Masa Yang Terbuang
Kembali lagi ke sini. Otak kosong. Derhaka pada diri. Janji-janji yang dibuat sendiri kali ni makan diri sendiri. Pengenalan dengan lelaki akhirnya tersungkur. Saja masuk jerat, yang diri sendiri tau akhirnya kemana. Pada mulanya indah. Pengakhiran? Cuma air mata. Cuma aku memperjuangkan? Cuma aku yang perlu paham? Cuma aku perlu penuhi segala kehendak dia? Cuma aku? Pada mulanya sama-sama akhirnya cuma aku? Kerana terlalu sanjung akan sayang, cinta sampai tak pikir maruah diri.
Cerita tentang keikhlasan. Setiap apa dibuat, setiap pengorbanan masih tak jelas di mata. Adakah ianya sia-sia? Jika masa yang di minta satu bebanan, jadi kembalikan masa aku.
Cerita tentang keikhlasan. Setiap apa dibuat, setiap pengorbanan masih tak jelas di mata. Adakah ianya sia-sia? Jika masa yang di minta satu bebanan, jadi kembalikan masa aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)