Panjangnya Ceritaaaa
Tak direstui. Tak bermakna budak tu jahat or what. Cuma tak berkenan dengan cara dia. Mungkin dah tau sikap or kisah silam or yang berkaitan dia selama ni. Memang. Memang kita tak boleh judge orang tu guna kisah silam. Mungkin dia dah bertaubat. Atau mungkin tak jugak. Yang paling, membuatkan orang menyampah dan meluat dengan orang tu sebab sikap dia. Sikap yang tak pernah nak berubah. Dulu janji itu ini dengan kita and ayat-ayat tu jangan cakap lah. Manis dia macam madu atau mungkin lebih. Mungkin ada percaya sikit. Tapi alhamdulilah boleh tersedar balik. Mungkin janji dia tu betul, mungkin nak lakukan perubahan tu betul memang dari lubuk hati dia yang dalam nak berubah. Tapi, sekarang mana janji tu? mana perubahannya? Janji dah jadi sampah. Perubahan hanya sekadar mimpi indah.
Entahlah. Ada sampai satu tahap. Dah jadi macam satu penipuan. And orang yang ada sikap macam aku. Memang susah nak percaya dan muak dengan penipuan yang dah bertingkat-tingkat macam tangga. Macam mana nak percaya dah lepas tu? Sampai satu tahap gunung yang dulunya senyap. Kononnya banyaklah pokok tumbuh. Rupa-rupanya gunung berapi. Meletus jugak sampai waktu dia. Mana boleh tahan kan? Asik makan ayat-ayat mani. Ingat boleh kenyang ke?
And kita se'bodoh' pulak percaya pujuk rayu. Sebenarnya kesian. Beria mintak simpati. Padahal dah banyak kali ditipu, dicaci, dimaki semua yang boleh menyakitkan hati kita sendiri. Apa tujuan dia sebenarnya? Sayang? Bukti? Sanggup buat apa aja? Tipu lah. Kalau sayang kenapa maki? Kalau sayang kenapa sanggup memalukan orang lain? Kalau sayang mana bukti janji-janji kita dulu yang nak tinggal benda yang lepas. Padahal ulang perkara yang sama. Then, senang-senang mintak maaf dan berani buat janji yang baru. Kalau dibukukan janji tu mau 10 buku atau pun lebih. Bukan buku yang nipis tapi yang tebal !. Tapi, apakan daya, memang kelebihan mengunakan kepakaran seorang hamba Allah. Yang diberi kelebihan untuk 'mengayat' 'meminta simpati' dengan sanggup menebal muka, merayu kononnya nak buktikan kali ni betul-betul dah berubah. Manusia, biaslah bila ada depan mata buat nampak tak nampak ja. Kekadang ada jugak layanan macam SAMPAH. Tuduh sana sini. Macam tak ada otak. Nak ikut kepala sendiri ja. Macam bagus sangat. Tak pernah nak ikut pendapat orang lain. Sebenarnya manuia jenis apa ni? Bila tak ada barulah, buat-buat sedar. She/He the one ! Hipokrit ! Selfish ! Bila ada depan mata macam sampah, bila tak ada sebok tercari-cari macam dah buta.
Orang macam ni nak dibuat pasangan hidup sampai ke anak cucu? Ya. Manusia berhak untuk berubah. Mungkin dengan perubahan dia nanti. Dia akan menjadi lebih baik dari orang yang dah sedia baik ni. Allah tu maha adil. Mungkin satu hari nanti akan timbul perasaan menyesal dalam diri kerana orang dulu yang di anggap penipu, hipokrit akan menjadi yang terbaik dalam kalangan yang baik. Tapi tak apalah. Mungkin dia berubah sebab kita ni yang pandang serong pada diri mereka. Mungkinlah.. Mungkin jugak kalau kita tak buat macam tu, dia tak nampak. And berulang-ulang dia akan buat silap macam orang tak ada akal nak pikir.
Nak cakap pasal maruah. Maruah kita sebagai manusia and berkelurga ni tinggi tau. Tak ternilai. Ikut cara masing-masing nak jaga maruah dengan macam mana. Masing-masing dengan cara masing-masing. Kau, Aku, Dia, Mereka semua dengan cara masing-masing. So, tolong hormat. Tolong pergi yang mana patut pergi. Sampai bila? Sampai bila nak rahsia and sampai bila nak duduk dalam dilema and syok diri sendiri buat apa yang kita suka tanpa restu "seseorang" yang memang layak dan diiktiraf oleh Allah. Redha Allah adalah redha dari "seseorang" itu. "Seseorang" yang penyebab adanya kita dekat atas muka bumi ni. Mungkin dinamakan takdir Yang di amanatkan oleh Allah untuk mendidik kita sebagai hamba-Nya yang bertaqwa. Ini tanggungjawab "seseorang" tu. Dan kita yang tak semena-mena ni. Tiba-tiba ikut cara masing-masing. Padahal mereka yang lebih tau dari kita. Kita yang baru celik dunia kononnya dah tau semua. Tak malu !
Dan pernah di dengar "seseorang" tu menyatakan yang mereka bukan niat untuk memilih. Tak kiralah kaya atau miskin. Buruk atau cantik. Tapi biarlah yang sejuk mata memandang. Dan bukan pilihan yang reti berjanji dan ada kalanya bersumpah macam orang Gila. Alih-alih, ulang perkara yang sama. Sampai setiap hari nak mengair air mata. Entah-entah air mata dah kering sebab janji-janji manis orang yang entah dari mana datang dalam hidup tiba-tiba. Bahagia ke macam tu? Hari-hari menganggu orang macam tak tau dunia sekarang perlu rehat, orang sebok dengan kerja. Sampai tidur pun macam persinggahan ja dalam hidup ni. Tak pernah nak cukup. Tak pernah ! Yang hanya di tau. Nakkan kepuasan hati sendiri. Dan kita se'bodoh' kena mengaku setiap tuduhan yang dilempar. Betul atau salah belakang cerita. Kalau tak mengaku di maki, bergaduh macam anjing dengan kucing. Kan menyiksa diri. Baik cari yang lain.
Bercinta lama mana pun. Itu tak menjamin apa-apa kalau setiap malam "seseorang" tu doa setiap hari agar dijauhkan dari kelurga dan rezeki yang diberi oleh Allah yang sekarang dah boleh berfikir buruk baik malah boleh menilai yang mana kaca dan mana permata. Menjamin ke kalau setiap hari menagis macam orang mati anak. Maki sana-sini. Takdir? Jap. Lupa nak cerita tadi. Kita sebagai manusia sebagai penyebab dari takdir. Takdir Allah dah tetapkan. Bukan diri kau, aku, dia, mereka yang tetapkan. Tapi takdir tu dari Allah. Pernah belajar agamakan ruku Iman? yang ke-6 tu. Apa yer? Beriman/Percaya pada Qada' dan Qadar kan? So, mana buktinya takdir tu datang dari seseorang yang bergelar manusia. Lebih baik kaki kita sendiri yang melangkah pergi. Tanpa perlu memalukan diri sendiri bila berhadapan dengan "seseorang". Sampaikan "seseorang" itu beri amaran sekeras-kerasnya. Takut juga bila orang lain mendengar. Ada juga unsur makian yang budak-budak bawahan tak boleh di dengar. Tapi masalah yang datang dari diri kita sendiri gituu..
Sudah terang lagikan nak suluh guna lampu ke lilin ke. Pergilah. pergi cari diri kita. Cinta pada yang kekal dahulu. Lepas tu cari untuk buat sampingan hidup. Tak susah. Janji. Redha "seseorang" tu mesti ada. Tapi bukan dari seseorang di sini. Mungkin di sana. Malah, mungkin dapat yang lebih baik atau lagi terbaik. Dan kita se'bodoh' cukup-cukuplah menyiksa diri dengan janji-janji yang belum pernah ditunaikan selama ni. Jadi lah kita dari se'bodoh' kepada se'berakal'. Akal anugerah Allah yang sangat ternilai. Kita manusia ja yang ada akal. Binatang ada? Kalau tak guna akal sama jelah kita dengan si'binatang'.
*Entry ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Atau untuk menguris hati mana-mana pihak. Sekadar bercerita kisah yang tak benar. Mungkin ada yang terguris atau termakan cili dari entry ini. Tidak ditujukan untuk sesiapa. Mohon maaf dari penulis belog ini. Tiada kaitan antara masih hidup mahupun yang tiada.