Tuesday, May 5, 2015

Otak di Lutut


Hai gadis-gadis dan lelaki-lelaki kat luar sana. Hati ni membuak-buak nak tahan marah pun ada. Geram apatah lagi. Mana tak nya. Baru lepas tengok satu video. Kalau korang tengok pun akan rasa benda yang sama macam aku. Video apa? Buli? 

Buli? korang boleh terima tak perkataan tu dalam hidup korang? Ok jujur aku cakap. Aku cukup menyampah dan meluat tengok orang yang membuli orang ni. Kau dapat apa, bila kau buli orang? Macam sampah perangai. Yup. sampah ! Cuba jadi dekat adik/akak or sesiapa ahli keluarga korang. Sanggup ke korang? Kalau cakap pasal buli. Dekat sekolah tu berlambak. Buli ni banyak. Melalui Fizikal, Mental, Media Sosial. Paling muak bila ada kes buli kat sekolah.

Kalau kes buli ni. Kita selalu dengar Lelaki kan? Ok la lelaki memang sikap dia. Memang kaki gaduh. yang aku paling tak paham bila Perempuan ni. Hok orang kata lemah-lembut, ayu, cantik ni. Aku pun perempuan kod. Aku pun tak adalah lemah-lembut sangat. Tapi tak adalah konon bajet gengster tah pape pegi belasah sana sini. Kes apa? Lain tak bukan LELAKI.

Geli kut gaduh sebab Lelaki. Korang sure ke lelaki hok korang berebut tu memang nak dekat korang. Lagi-lagi bila dengar korang ni perempuan yang "kaki pukul" kononnya. Korang pasti diorang nak buat bini? Setakat tarik-tarik rambut tu. Alahai. Gaduh ajak geng. Yang si pembuli tu pun satu. Memang bengap ea? Nak gaduh kena rakam bagai. Nak tunjuk apa? Nak tunjuk kau hebat? Orang tak boleh kacau kau lepas ni? Jangankan perempuan. Lelaki pun tak nak dekat dengan korang. Kalau ada pun semua yang nak ambik kesempatan dekat kau, kau dan kau. Kalau memang ada yang nak buat bini tu kira untung lah kau. Sebab memang jodoh kau. Kalau yang nak buat suka-suka. Yang nak memuaskan nafsu macam binatang tu. Kau nak jadi apa. Maruah kau hilang. Jantan pun lari. Cuba pikir dengan otak. Eh-eh bukan otak tapi Akal. Memolek Allah bagi akal tak nak guna. Bak kata cikgu aku "Otak kau memang detak kat lutut eh?" 

Bukan nak tunjuk baik. Tapi buat la benda yang mendatangkan faedah yang boleh masuk dek akal. Nak gaduh-gaduh memang tak matang. Bebudak. Muka dah tua bangke, hati sebok nak bercinta, otak dah pikir pasal kawin Still nak begaduh macam budak-budak. Nak tunjuk kau hebat. Tapi menjatuhkan maruah sendiri adalah. Untuk adik-adik hok sekolah lagi tu. Mak bapak kau hantar kau pergi belajar kat sekolah. Diorang suruh kau belajar. Kau pergi berebut jantan macam lah jantan tu memang nak kawin dengan kau. Sekolah dulu dek ! Perangai biar macam manusia. Tapi bila dah jadi pembuli ni, perangai macam sampah pun ada. Kalau nak bahasa kasar lagi macam binatang. Tak payah buat benda bodoh. Hidup kena cerdik. Pikir apa yang kau nak buat tu. Betul atau salah. Baru bertindak gile !