Perception
First perception ? Aku teringin nak tau apa pandangan orang dekat aku. Yup. Nak tau sangat. Aku ni orang macam mana? Mungkin aku tak boleh nak nilai diri sendiri. Mungkin jugak. Atau mungkin aku tak sedar macam mana aku layan orang lain. Tak semua suka kita kan? At least, kalau aku tau. Aku try berubah. Cuba jela. Tak salah bukan?
Oke setakat ni, aku cuma tau sikit jela. Mintak pendapat "Abang Rodong". Eh jap pendapat ke? Erm bukan pendapat la kod. Tanya pasal perception dia. Haha kelingnya ayat. Its okey. Aku ni jenis:
1.Pendiam ofc
2.Tak ada perasaan
3.Tak leh cakap lah. Kurang sopan. Haha
4. Mature
5.Suka melayan orang?
6. Pemalu
Fact ! Tapi mungkin kalau orang yang bebetul kenal aku. Takkan percaya itu aku. Jenis tak suka tunjuk sikap yang sebenar. Hipokrit? Sorry? Bukan macam tu. Tak kan benda yang buruk tetang diri kita orang nak tau kan? Simpan dalam bekas. Buat santapan sorang sudahlah. Ni nak menayang dekat manusia-manusia yang kekadang tau cari salah orang. Mula-mula ramai orang suka. Tup tup, dalam diam menyampah. Kalau boleh tak nak tengok muka yang hari-hari depan mata diorang Sebab apa. Diri sendiri bukak aib sendiri. Boleh jugak kita panggil balasan. Pernah dengarkan? Kalau kita bukak aib orang, Allah akan bukak aib kita. Mungkin. Mungkin lah, dalam diam, kita tak perasan kita ada bukak aib orang lain. So, kegunaan perkataan yang sangat mulia "MAAF" sangat bermakna. Pergi mintak maaf dekat semua orang. Kenapa semua orang? Sebab semua orang tulah salah seorang atau semua pernah kita sakitkan hati dalam diam atau terang-terangan.
So, aku kat sini nak mintak maaf dekat semua orang. Kau, kau dan kau.Mulut aku ja kasar. Tapi tak bermakna apa-apa yang aku cakap. Semuanya mungkin sekadar gurauan semata-mata. Atau mungkin memang aku saja nak menyakitkan hati orang. Sebab tak semua sikap aku orang boleh terima kan? Jadi, maafkan salah silap yang pernah aku buat.